Wednesday, 17 January 2018

Pas Bertakbir Tadika Kemas Tutup Operasi



Isu sebuah Tadika Kemas di Marang yang ditutup telah dijadikan isu politik sempit oleh Pas sehinggakan ada pengikut parti tersebut bersorak gembira budak-budak tidak dapat bersekolah.

Mereka tersenyum puas dan terus menghebahkan di media sosial dengan mengatakan Tadika Kemas menutup operasi pembelajaran.

Fakta sebenarnya adalah penutupan Tadika Kemas itu kerana ada sebuah lagi Tadika Kemas yang terletak tidak jauh dari lokasi yang jaraknya hanya satu kilometer sahaja. 

Malahan ibu bapa murid terlibat juga menyokong dan bersetuju dengan pemindahan anak mereka ke Tadika yang satu lagi.

Keputusan pemindahan ini dibuat setelah mengambil kira semua perkara dan pihak Pas tidak wajar menjdikan isu ini sebagai modal serangan mereka.

Adalah tidak elok perkara membabitkan budak-budak sekolah pun hendak diheret ke kancah politik kotor pihak pembangkang seperti tindakan mereka menghalau murid dari sekolah ketika memerintah negeri Terengganu pada 1999 lalu.

Pihak Pas sewajarnya memperbetulkan kelemahan mereka dahulu sebelum mengata orang lain kerana jika dilihat yuran sekolah Pasti (milik Pas) pun mencecah ratusan ringgit yang jelas membebankan ibu bapa murid sekolah itu.

Adalah lebih baik mereka menurunkan kadar bayaran itu sebelum mencari kesalahan orang lain yang sengaja dipolitikkan demi agenda jahat mereka dan menggunakan agama untuk politik Pas.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib