Sunday, 5 November 2017

'Entah berapa kali polis datang ke rumah akibat panggilan palsu dibuat oleh isteri' - Lelaki ini tabah jaga isterinya hidap Paranoid Schizophrenia

Paranoid Schizophrenia adalah salah satu jenis schizophrenia di mana penghidapnya mengalami delusi bahawa orang lain bersekongkol melawan dirinya atau anggota keluarganya. Kebanyakan penghidapnya mengalami halusinasi suara di mana mereka mendengar suara-suara yang tidak nyata.

Itulah yang dihidap oleh isteri Sharul Nizam Ab Rahim, namun beliau tabah dan cekal menghadapi segala dugaan yang mendatang. Difahamkan, sudah banyak kali polis datang ke rumah mereka gara-gara panggilan palsu yang dibuat oleh isterinya. Tabahnya si suami, semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga perkongsian Sharul Nizam Ab Rahim ini memberi manfaat kepada suami.

USIA perkahwinan kami baru masuk lapan bulan. Asakan demi asakan yang saya terima. Sesuatu di luar kebiasaan. Saya masih menzahir kekuatan kerana mata hati yang hakiki. Penggeledahan maklumat menunjukkan isteri mula mengambil rawatan psikiatri sejak 17 tahun lalu (8 Jun 2000). 

Pada 30 November 2014, doktor pakar mengesahkan isteri saya menghidap Paranoid Schizophrenia. Ia satu serious mental disorder. Penyakit ini tiada penawarnya. Yang ada hanyalah, kawal. Ia mesti dikawal melalui pengambilan ubat. 

Lagi satu, penuhkan fikirannya melalui aktiviti yang dia suka. Isteri saya suka melukis, suka mengajar. Mutu lukisan dan pengajaranya baik, malah lebih baik dan cemerlang dari sesetengah mereka yang tidak berpenyakit, tidak mengambl ubat dan tiada aktiviti, isteri saya akan didatangi kepercayaan palsu (delusion) dan halusinasi (hallucination). 

Semasa delusion, tanpa sedar dia akan berkata suaminya jahat. Ketika ini dia mula mencari sokongan. Misalnya, orang lain mesti percaya dengan apa yang dia percaya. Seandainya kamu enggan percaya, siaplah kamu. Dia akan kembali semula pada suaminya dan berkata, "Abang, itu orang jahat.". Tanpa mata hati, kita saling membenci, saling mengesyaki, saling menyakiti. Then, kita semua ke kancah pergaduhan. 

Semasa hallucination, tanpa sedar dia mula berfantasi. Dalam fantasi, muncul bisikan dan bisikan itu menyatakan suaminya seorang yang curang. Orang itu mencuri atau merosakkan barangnya. Dan satu keadaan, isteri saya seorang diri memandu pada jam 2 - 3 pagi. Itulah orang rayau. 



Itu tak apa lagi, tiada ancaman pada awam. Seandainya fantasinya dia sedang dicederakan atau barangnya dicuri/dirosakkan, berhati-hati. Kalau dia diam memendam, okay. Tetapi kalau dia mula memaki hamun dan kami membalas maki hamun, berjaga-jaga. Dia akan mencapai apa saja untuk dirinya membaling atau memecahkan, menakutkan, mempertahankan diri. Tanpa mata hati, mustahil kamu boleh bersabar. Natijahnya sama ada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan. 

Masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu, suka benar menyisih, menyorok, menafikan dan malu dengan penghidap psikiatri. Tetapi masyarakat barat, mereka dedahkan. Mereka berdepan dan mereka mencari jalan mengindahkan. 

Cari filem A beautiful mind (2001). Watak Prof John Nash dan watak isteri saya ada kesamaan. Walau ia less complex, at least ada inspirasi. 

Saya seorang-seorang tidak mampu mengurus isteri. Saya hanya mampu mengurus melalui kepercayaan awam. Hanya kepercayaan awam sahaja mampu meneutralkan satu kefitnahan. Terima kasih doktor, terima kasih jururawat, terima kasih polis, terima kasih guru besar dan terima kasih pengawal keselamatan. 

Doktor ada bertanya, "Encik baru berkahwin. Keadaan kesihatan isteri baru saja diketahui. Apakah encik mahu meneruskan?"

Memelihara mereka yang menghidap schizo menuntut pengorbanan. Bilangan tak sanggup itu mengatasi bilangan yang sanggup. Saya tak ada kekayaan untuk ditunjuk-tunjuk. Tetapi saya ada isteri yang amat sayangkan saya. Sebagai balasan, akan ku jaganya seumur hayat.



Tulisan saya ini juga turut mendapat perhatian dan komen dari seorang peguam. Client dia sendiri mengadu dicekik suami. Di pengakhiran kes, dia sendiri tidak boleh nak membuktikan aksi cekik. Akhirnya terjumpa 'benda' lain.

Saya sendiri entah berapa kali Polis Subang Jaya datang ke rumah akibat panggilan palsu dibuat oleh isteri. Polis siap buat spot check tubuh badan isteri kalau-kalau suaminya betul-betul ada menderanya. Namun demikian, polis tidak menjumpai apa-apa. 

Apabila polis tidak memihak kepada aduan isteri, dia kembali kepada saya dan bertanya,

"Abang rasuah polis berapa RM?" 

Oleh yang demikian, sampai ke sudah isteri tidak percayakan polis. 

Sewaktu singgah makan laksa di USJ 20 Subang Jaya, kalau ada polis peronda turut makan di situ, saya seorang saja yang keluar makan. Isteri tak mahu keluar kernaa dia tak nak tengok muka-muka polis yang saya dah 'rasuah'. 

Actually di rumah, nombor telefon Balai Polis Subang Jaya memang saya beri kepada isteri. Seandainya tiba-tiba dia rasa terancam, memang saya ajar dia hubungi polis. Tujuannya, dia boleh rasa secure dan perolehi perlindungan yang serta merta. 

Saya tidak peduli berapa banyak isteri buat perkara negatif pada saya, saya cekap, hadap, bertanggungjawab dan saya sayangkannya. Akhirnya, saya akan rungkai satu demi satu. 

Saya ulang, ketiadaan mata hati, tiada siapa yang mampu menghadapi. Sama ada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan. 

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib