Thursday, 6 July 2017

'Kalau aku dapat orangnya, memang jadi bangkai juga gamaknya!'

Malam semalam saya terkejut bila ternampak kucing saya sedang menggigit tengkuk arnab jiran. Saya pun tepuklah kepala kucing saya supaya dia lepaskan arnab jiran itu.

Bila saya periksa arnab itu, saya tengok arnab itu dah mati. Ah sudah! Harga seekor arnab mau RM200. Sudahlah jiran saya itu jenis panas baran. Bulan lepas dia lempang bini dia sebab kasut bersepah di depan rumah. 

Apa lagi? Cepat-cepat saya pergi basuh arnab itu bersih-bersih dan keringkan guna mesin pengering rambut. Kemudian saya letak balik dalam sangkarnya, konon-kononnya arnab itu mati dalam sangkar la, kan. 

Pagi ini saya dengar jiran saya membebel-bebel dan marah-marah. Tetapi saya buat bodoh saja. Tiba-tiba jiran ternampak saya. 

"Kau tau tak, arnab aku dah mati." katanya. 

"Err.. err... " saya punyalah cuak dan takut dia tahu kucing saya yang bunuh arnab dia. Saya cuma geleng kepala saja, tak berani nak buka mulut. 

"Yang aku geram, arnab itu aku dah tanam di belakang rumah semalam. Tapi entah siapalah yang dah korek dan keluarkan bangkai arnab itu balik. Rajin pula dia bersihkan bangkai arnab itu.

"Yang membuatkan aku lagi marah, dia boleh letak balik bangkai arnab yang dia dah bersihkan itu di dalam sangkar. Kalau aku dapat siapa orangnya, memang jadi bangkai juga gamaknya!" katanya lagi. 

GULP! Saya rasa nak pindah rumah pada masa itu juga. 

Moral of the story, jangan masuk campur urusan binatang. 

Sumber: Muhammad Khairul Anam

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib