Saturday, 8 April 2017

Raja Bahrin Tolak RUU355?



Tindakan Ahli Parlimen Amanah Kuala Terengganu Raja Bahrin menyertai kumpulan penentang Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (RUU355) dalam sidang Parlimen kelmarin menimbulkan pelbagai persoalan kepada rakyat. 

Kelakuan beliau bersama golongan penentang seperti Rafizi Ramli, Khalid Samad dan lain-lain menunjukkan beliau tidak bersetuju dengan undang-undang Islam tersebut.

Dalam sidang parlimen itu, perbentangan oleh Ahli Parlimen Pas Marang telah diganggu oleh beberapa wakil rakyat yang kurang ajar yang menentang undang-undang Islam dan tindakan tersebut mendapat kecaman teruk daripada orang ramai.

Sebagai Ahli Parlimen beragama Islam, beliau wajar menyokong usul berkenaan dan tidak wajar bersekekongkol dengan Lim Kit Siang yang memang dikenali sebagai anti Islam sejak dahulu lagi. 

Semua sedia maklum yang RUU355 hanya melibatkan orang Islam dan tidak berkaitan dengan orang bukan Islam.

Dan kini rakyat Kuala Terengganu tertanya-tanya mengapa Raja Bahrin terlibat dalam kumpulan itu dan beliau perlu memberikan penjelasan sebenar mengenai pendirian sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu sama ada menyokong atau tidak RUU355

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib