Saturday, 8 April 2017

Adun Pas Sura Perlekeh Negeri Terengganu Tiada Pasar Raya Besar






Adun Pas Sura Dungun Wan Apandi Wan Nik seolah-olah menghina rakyat dan juga negeri Terengganu dengan mengatakan negeri ini tiada pasar raya besar jika dibandingkan dengan negeri jiran Kelantan.

Beliau sepatutnya membuat kajian dan kerja rumah sebelum melemparkan tuduhan yang tidak berasas sebegitu dan ia mengulangi insiden Adun Alur Limbat yang mendesak panggung wayang ditutup kerana percaya ia punca masalah sosial remaja.

 ‘Di negeri Kelantan ada pasar-pasar raya yang besar nak dibandingkan dengan Terengganu apa yang ada hanya ada Giant dan Mydin sahaja’ katanya dalam satu ceramah di Kemaman pada 30 Mac lalu.

Jika dilihat di era Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif sekarang ini, berbagai-bagai pusat membeli belah yang sudah dan dalam proses pembinaan seperti Mesra Mall serta PB Square dan Mayang Mall yang akan beroperasi di negeri ini.

Pihak pembangkang Pas perlu berfikiran terbuka dan mempunyai mentaliti kelas pertama dan bukan minda cap ayam dengan mempolitikkan semua perkara yang berlaku di Terengganu.

Puak Pas memang sentiasa mencari modal mengkritik setiap perkara yang dibuat oleh kerajaan negeri seperti ayat orang Terengganu ‘kalau buat kata bazir, kalau dok buat... kata tak dok pembangunan’.

Beliau tidak wajar membandingkan kedua-dua negeri kerana penduduk Kota Bharu lebih ramai daripada Kuala Terengganu iaitu hampir 600 ribu orang dan Kuala Terengganu hanya 189,500 orang.

Ia ditambah negeri Kelantan dekat dengan sempadan Malaysia-Thailand dan ia dikunjungi oleh rakyat negara Siam tersebut.

Dengan sikap suka mencari kesalahan orang lain, memang padan Pas tidak boleh mentadbir negeri kerana berperangai tidak matang dan tidak pandai untuk menguruskan ekonomi negeri.

Persoalan yang timbul disini, MENGAPAKAH perlancaran pasaraya terbesar SOGO memilih Terengganu sebagai cawangan dan mereka sedia maklum untuk membuka sesuatu perniagaan  itu perlu melihat kepada populasi masyarakat di kawasan tersebut.

Nyata mereka menaruh kepercayaan serta keyakinan yang penuh kepada kerajaan negeri Terengganu yang ditadbir urus oleh Barisan Nasional dibawah Ahmad Razif sepertimana keyakinan pelabur-pelabur luar negara yang begitu yakin dengan plan ekonomi yang dibawa oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kalau dilihat secara logikal akal, mengapa perlaburan yang cukup besar di terima oleh Malaysia terutamanya dari China, India dan Arab Saudi. Ini bermakna mereka yakin akan keupayaan Najib Razak memacu ekonomi negara ini dan tempiasnya diperolehi negeri Terengganu.

Plan pembangunan ekonomi negeri selaras dengan plan pembangunan negara sepertimana yang telah diumumkan baru-baru ini seperti ECRLdan terkini MAYANG MALL.

Peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu akan lebih besar apabila beroperasinya nanti dan SOGO akan menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu khasnya.

Sebagai contoh isu RUU355 yang dibentang oleh Pas tetapi ia disokong oleh UMNO dengan menujukkan UMNO menyokong perkara baik demi kepentingan agama Islam dalam negara ini.

Pas seharusnya menyokong pembangunan baik dari segi fizikal atau perkembangan rohaniah yang mendatangkan manfaat kepada rakyat dan bukannya menghentam membuta tuli tanpa asas yang kukuh.

Mereka boleh mengkritik tetapi dengan pandangan yang membina bagi menambah baik apa-apa perkara demi kepentingan rakyat dan juga negeri ini.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib