Wednesday, 29 March 2017

Sidang Dun: YB Pas Alur Limbat desak panggung wayang segera ditutup

YB Ariffin Deraman Adun Alur Limbat.
Menurut artikel di kulihatlangitbiru.com, wakil rakyat PAS membahas usul pada petang ini dengan menyatakan kerajaan perlu menutup semua panggung wayang di Terengganu.
YB Ariffin Deraman (Pas-Alur Limbat) meminta pihak kerajaan mengkaji balik dan menutup panggung wayang yang dikhuatiri menyebabkan gejala sosial yang serius berlaku dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja.
“Saya mengharapkan supaya membincangkan kembali dan menarik balik panggung wayang yang sudah 22 tahun ada di sekitar Kuala Terengganu ini”
Beliau turut mengecam waktu tayangan yang tamat jam 1 pagi yang menyebabkan penonton seperti duduk berdua-duaan yang bukan muhrim ketika pulang lewat malam.
Ariffin bimbang ketika bulan Ramadhan ditutup hanya jam 6 petang hingga 9 malam yang mengakibatkan penonton tidak solat terawih dan menghabiskan masa di pawagam.
Beliau juga mempersoalkan mengapa penayangan panggung wayang dalam keadaan gelap tidak seperti panggung negeri lain yang dibuat secara terang benderang.
Ariffin bimbang kewujudan panggung wayang akan menyumbang gejala sosial seperti peningkatan anak tidak saf taraf akibat pergaulan bebas dan mahu panggung wayang ditutup serta merta. – Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib