Tuesday, 7 March 2017

Hancur hati ayah diperlakukan begini...

SEGAMAT, JOHOR - Viral di media sosial seorang lelaki warga emas didakwa telah ditinggalkan oleh anaknya di dalam ladang kepala Sawit, Bera Selatan 4, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Menurut sumber yang memuat naik kejadian itu berkata, anak lelaki itu sengaja meninggalkan bapa mereka, Mohamed bin Mohamed Jali di ladang tersebut sebelum ditemui oleh orang awam yang kemudian membawanya ke Pejabat Ladang Bera Selatan 4. 

Ketika ditemui, Mohamed dalam kelaparan dan dipercayai tidak menjamah apa-apa sejak dari pagi. 

"Anak-anak dah tahu tetapi buat tak reti. Siapa saudara pakcik ini yang prihatin, datang jemput pakcik ini," kata sumber. 


Difahamkan, individu yang menemui warga emas itu berjaya menghubungi anaknya dan meminta agar mereka datang untuk menjemput bapa mereka pulang .Tetapi jawapan yang diberikan menimbulkan persoalan orang ramai. 



Justeru, netizen berharap anak-anak lelaki itu tampil membawa bapa mereka pulang dan selesaikan segala masalah dengan baik. 


Anak-anak tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa meskipun masing-masing sudah mempunyai rumah tangga untuk dijaga. Tanpa ibu bapa, tidak mungkin kita berpeluang bernafas di dunia ini. - The Reporter

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib