Thursday, 23 February 2017

“Saya Boleh Beli Lori Atau Kapal Terbang”- MP Pas

Datuk Dr Khairuddin Aman Razali 
Anggota parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali mempertahankan langkahnya membeli kereta mewah Audi Q7 kepada isterinya, yang menyebabkan beliau diserang hebat di Internet.
Kenderaan baru jenis itu bernilai kira-kira setengah juta ringgit.
Ketua penerangan Dewan Ulama PAS itu hari ini dilaporkan mempertahankan tindakan itu kerana ia sebahagian daripada haknya.

“Saya ada hak beli apa yang saya mahu.

Saya boleh beli lori atau kapal terbang, ini bukan urusan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata kepada The Star Online.
Isu itu timbul minggu ini selepas isterinya didakwa memuat naik gambar kereta itu di Facebook dengan status bertulis:
"Kita dapat hadiah kereta dari En Somi"," tulisnya.
Dengan kereta itu, tambahnya, bolehlah mereka "merayap" ke Kuala Lumpur.
Sementara itu, Khairuddin juga berkata beliau berkemampuan membeli kereta itu dan menggunakan sumber-sumber kewangan yang sah.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada ia kereta baru atau dibeli daripada orang lain.

Khairuddin dan isterinya juga dilaporkan terlibat dalam perniagaan produk kecantikan.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib