Tuesday, 21 February 2017

Potong Bekalan Air Dan Elektrik Masjid, PAS Cuba Sembunyikan Puncanya

RAMAI ketika ini menyalahkan pihak kerajaan dengan pemotongan bekalan air di sebuah masjid di kawasan DUN Air Putih yang mana telah ditularkan sejak tengahari tadi.
Sentimen yang dimainkan PAS kawasan Kemaman bahawa Masjid Kampung Lalang di Felda Neram 1 itu bakal menjadi sama seperti Masjid Bujal satu ketika dahulu.


Dan ramai juga yang menyalahkan kerajaan dengan isu berkenaan sehinggakan menidakkan akan kebenarannya.

Disini satu penjelasan yang dapat diberikan secara ringkas dan akan menyusul dengan fakta nanti.
ISU PEMOTONGAN BEKALAN AIR & ELEKTRIK MASJID @ SURAU HIJAU KG. PADANG LALANG NERAM 1 Kemaman.
Sebelum Membuat Sebarang Tuduhan..Cuba Semak Balik Fakta Ni dengan teliti :
1. Surau asalnya dibina haram atas tanah kerajaan. Ia tidak pernah mendapat pengiktirafan oleh pejabat agama samada sebagai surau ataupun masjid. Oleh itu tak timbul isu ‘ rumah Allah’.
2. Isu yang menjadi pertikaian ialah pelaksanaan sembahyang Jumaat tanpa kebenaran Pejabat Hal Ehwal Agama Negeri. Mereka yang terlibat telah dipanggil dan diberi nasihat oleh pejabat agama dua tahun lepas tetapi masih berdegil.
Akhirnya pejabat Mufti Negeri telah membuat siasatan dan mengeluarkan keputusan iaitu solat Jumaat di surau itu adalah tidak SAH dan perlu dihentikan SERTA MERTA. Sebabnya sudah terdapat DUA (2) masjid berdekatan yang sedia ada untuk didirikan solat Jumaat.
3. Dalam masa yg sama ada golongan tertentu telah mengumpul dana untuk menaik taraf surau secara haram untuk dijadikan sebagai masjid.
Kesalahan ini bukan saja kini melanggar kanun tanah negara dengan rentahan haram tanah kerajaan dan melaksanakan solat jumaat tanpa kebenaran, tetapi juga membuat masjid tanpa kebenaran.
4. Disebabkan perlanggaran serius pada DUA (2) peraturan dibawah majlis agama Islam (solat Jumaat & bina masjid tanpa kebenaran) dan juga SATU (1) di bawah undang-undang Kanun Tanah Negara 1965, waran tangkap telah dikeluarkan terhadap imam solat Jumaat, dan amaran pencerobohan serta kertas siasatan sedang dijalankan oleh pejabat tanah terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas pencerobohan ke atas tanah kerajaan ini.
5. Kerajaan negeri melalui pejabat tanah telah mengambil tindakan sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Tindakan Daerah Kemaman.
Kerajaan negeri boleh mengambil tindakan yang lebih drastik seperti merobohkan bangunan yang dibina secara haram dan tidak sah, tetapi mengambil keputusan lebih bertimbang rasa dengan memotong bekalan api dan air agar aktiviti solat jumaat dihentikan sebagaimana diputuskan oleh Mufti Negeri Terengganu.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib