Friday, 24 February 2017

Pesuruhjaya Pas Satipu membisu isu Audi Q7

Pesuruhjaya Pas Satipu membisu isu Audi Q7

Setakat hari ini tidak ada sebarang penjelasan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu Satipu Bahri mengenai isu pembelian kereta mewah Audi Q7 milik Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Amin Razali minggu ini.

Sepatutnya beliau perlu menjawab perkara tersebut kerana perbuatan hidup mewah secara melampau pemimpin Pas amat berbeza dengan hidup sederhana dan zuhud yang dilaung-laungkan pemimpin  kepada pengikut parti Pas.

Jika diteliti dalam pelbagai isu yang berlaku di Terengganu sebelum ini beliau lah antara orang terawal yang memberikan kecaman dan menyebarkannya walaupun tidak pasti perkara itu benar atau fitnah.

Antara contoh terdekat adalah Satipu menviralkan isu warga emas Pok Weil yang dipaksa membuat fitnah terhadap Menteri Besar Terengganu di laman Facebook miliknya tanpa menyiasat kesahihan berita tersebut.

Isu berkenaan selepas disiasat terbukti dusta dan sengaja diada-adakan oleh pihak yang berniat jahat demi menjayakan kepentingan politik peribadi yang mahu menjejaskan imej pemimpin kerajaan negeri.

Namun walaupun tahu perkara berkenaan adalah rekaan semata-mata, Satipu mengambil sikap pentingkan diri sendiri dan tidak tampil menjelaskan situasi sebenar tetapi mengalih isu lain untuk menutup kesalahannya menyebar fitnah.

Ia jelas tidak sepadan dengan imej ustaz yang mempunyai latar belakang pendidikan agama tetapi mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam iaitu fitnah.

Bagi isu Audi Q7 ini, ramai penyokong Pas ternanti-nanti apakah kenyataan Satipu selaku pemimpin utama Pas negeri sama ada mahu membela At Takiri atau membuat tidak nampak perbuatan rakan seperjuangannya sedangkan ramai penyokong Pas masih hidup daif dan susah ketika ini.

Menjelang PRU14, elok benar tempat beliau digantikan dengan individu lain yang lebih bersih dan paling mustahak individu berkenaan mestilah tidak menyebarkan berita yang tidak benar kerana dosa fitnah itu lebih berat daripada membunuh.

Beliau sepatutnya mencontohi pemimpin Pas Pusat yang mengambil pendekatan bekerjasama dengan UMNO berlandaskan kepada kepentingan ummah

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib