Wednesday, 22 February 2017

3 warga asing cuba rompak wanita di Durian Burung (5 Gambar)

Dua daripada tiga suspek dipercayai warga asing cuba merompak warga emas di Durian Burung Kuala Terengganu semalam.
Semalam satu status Facebook dikongsikan ‎Rosmisuhaidy Mohamad memberitahu satu kes cubaan merompak telah berlaku di Durian Burung Kuala Terengganu.
Suspek yang didalangi oleh tiga wanita dipercayai warga asing membawa seorang anak kecil menaiki sebuah kereta MPV jenis Proton Exora menyasarkan sebuah rumah yang didiami seorang wanita warga emas yang tinggal berseorangan ketika ahli keluarga lain keluar bekerja.
Modus operandi yang digunakan oleh suspek pergi ke rumah mangsa untuk meminta daun ubat dan menyatakan kepada mak Rosmisuhaidy (mangsa) yang dia pernah datang sebelum ini.
Suspek meminta mak Rosmisuhaidy untuk menolong mengambil daun itu kerana mendakwa sedang mengandung dan tidak larat untuk memetik daun.
Tanpa mengesyaki apa-apa, mak terus mengambil daun ubat dengan suspek tanpa menyedari ada seorang lagi rakan (berbaju hitam) suspek keluar dari Exora dan menyelinap masuk ke dalam rumah mangsa secara senyap-senyap.
Namun hasrat suspek mengeledah barang-barang di rumah itu tidak kesampaian selepas Abang ipar Rosmisuhaidy pulang ketika kejadian dan mendapati pintu rumah bahagian belakang terbuka.
Abang ipar merasa tidak sedap hati lalu menekan hon motosikal dan memulas pendikit minyak dengan kuat sambil memangil mak Rosmisuhaidy daripada luar rumah.
Bunyi motosikal telah mengejutkan rakan suspek yang ketika itu berada di dalam rumah menyebabkannya mengintai melalui tingkap dan keluar dengan buat-buat tanya sama ada mak ada di rumah atau tidak.
Berang dengan tindakan suspek berbaju hitam yang berkelakuan mencurigakan itu, Abang ipar Rosmisuhaidy menjerit dan bertanya kepada suspek kenapa masuk rumah mak kalau sudah tahu tiada orang.
Sejurus selepas itu mak keluar daripada belakang rumah dari mengambil daun ubat menyebabkan keadaan menjadi kecoh lalu mengakibatkan seorang lagi keluar daripada kereta Exora berkenaan.

Ketiga-tiga suspek mendakwa tidak mengenali antara satu sama lain dan mendakwa pertemuan itu hanya kebetulan sahaja.
Abang ipar Rosmisuhaidy segera mengambil gambar kesemua suspek yang menyebabkan suspek melarikan diri dengan tergesa-gesa.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, ada beberapa lagi budak di dalam kereta berkenaan dan kemungkinan kenderaan itu dipandu oleh seorang lelaki.
Dalam posting berkenaan, Rosmisuhaidy bersyukur tiada barang yang hilang dan sempat berpesan kepada orang ramai yang berada di sekitar Kuala Terengganu dan kawasan berdekatan supaya berhati-hati dengan ketiga-tiga suspek yang menaiki Proton Exora WA7040M bagi mengelak kejadian ini berulang pada masa akan datang.
Menurut sumber laporan polis sudah dibuat oleh keluarga mangsa untuk siasatan lanjut. – Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib