Sunday, 22 January 2017

Suami selamat, isteri maut tragedi kereta dihanyut banjir di Besut (8 Gambar)

Anggota bomba menemui mangsa.
Besut – Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki dihanyut dibawa air parit yang dalam disebabkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Paya Rawa Besut tengah hari tadi.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, kereta Perodua Myvi yang dipandu suami mangsa Ahmad Ruzaizi Mahmud 46 telah hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit air berhampiran tempat pelupusan sampah Kampung Paya Rawa Besut.
Mangsa Masni Hgah 41, gagal diselamatkan dan dipercayai lemas di lokasi banjir berkenaan yang kedalaman paras air hampir 3 meter manakala Ruzaizi sempat menyelamatkan diri.
Ruzaizi dan isteri Masni Ngah,41 tidak dapat melihat jalan yang dilalui kerana air yang agak tinggi diatas jalan dan terbabas dalam parit berkenaan yang telah mengorbankan Masni hari ini.
Pasangan suami isteri berasal dari Kampung Gong Kepas dalam perjalanan ke suatu tempat yang masih belum dikenal pasti.
Menurut sumber wanita berkenaan adalah ustazah di salah sebuah kolej vokasional.
Kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi.
Orang ramai diminta berhati-hati berada di tempat air banjir dan mengikut arahan pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tidak diingini. – Terengganu Times






0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib