Beliau yang mengangkat sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri pada Jumaat lalu, tiba di pejabat pentadbiran kerajaan negeri berkenaan pada pukul 9.10 pagi ini.

Menyambut kedatangan beliau ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan pegawai dari Pejabat Ketua Menteri.

Abang Johari dilantik sebagai Ketua Menteri berikutan pemergian Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, 72, akibat komplikasi jantung pada Rabu lalu. - UTUSAN ONLINE