Tuesday, 20 December 2016

Tiada Tarikh Tamat Tukar Kad ATM - BNM

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan pihak bank bakal mengenakan caj kepada pemegang kad ATM dan kad debit sekiranya mereka tidak menukar kepada kad baharu dalam tempoh yang ditetapkan. 

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook BNM menegaskan, orang ramai masih boleh menggantikan kad tersebut di mana-mana bank secara percuma tanpa ada tarikh tamat tertentu. 

"Bank Negara sekali lagi menegaskan bahawa orang ramai boleh menggantikan kad debit secara percuma di bank masing-masing.

"Orang ramai juga masih boleh terus menggunakan kad mereka yang sedia ada di mesin ATM walaupun belum menukar kepada kad debit baharu," kata kenyataan tersebut. 

Kenyataan itu menambah, pihak bank dikehendaki memberikan notis yang mencukupi dan tempoh masa yang munasabah untuk penukaran kad sebelum menamatkan fungsi kad yang sedia ada untuk transaksi pembelian. 

Orang ramai boleh melayari lawab www.bnm.gov.my atau melalui kaunter BNM atau menghubungi talian 1300-88-5456 untuk maklumat lanjut. 

Terdahulu, orang ramai mula menyerbu bank untuk menukar kad ATM masing-masing kerana bimbang kad ATM yang lama tidak dapat digunakan dan akan dikenakan caj selepas saut mesej amaran mengenainya tersebar di media sosial. - KOSMO

1 comments:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib