Thursday, 15 December 2016

'Perempuan Sekarang Mana Suka Lelaki Gemuk'

Oleh Nur Ami Roslee

Semalam di klinik, ternampak satu pasangan suami isteri. Suaminya itu dikategorikan sebagai obesiti, berat badan yang melampau 150 kilogram ke atas dan kulitnya gelap. Tetapi isterinya cantik dan wajahnya seperti ada campuran dengan Korea. 

Tangan kiri si suami memegang tangan isterinya dalam pantang, manakala tangan kanannya sedang mendukung anak yang baru lahir. Ingatkan bertiga sahaja, rupanya ada dua lagi anak di belakang yang memegang baju bapanya.

"Nak air tak? Abang belikan. Awak jangan jalan laju sangat, awak tak sihat.

"Nanti abang hantar anak masuk jumpa doktor, awak tunggu di sini saja. Kesian kat awak," kata si suami pada isterinya. 

Wanita itu hanya senyum dan sandarkan kepala di bahu si suami. 

Suaminya bangun dan membawa anaknya masuk berjumpa dengan doktor. Di kesempatan itu saya yang dari jauh datang bertegur dengan isterinya. 

"Datang inject anak ke?" soal saya. 

Hampir 10 minit kami berbual panjang. 

"Saya ini janda, sebelum berkahwin dengan suami saya ini. Jodoh saya dengan suami pertama tak panjang. Bekas suami pertama anak dato, rupa kacak tetapi kebahagiaan itu bukan datang dari paras rupa. 

"Suami saya sekarang, walaupun rupanya kurang, berat badan pun lebih 150 kilogram, tetapi dia sayangkan saya. Malah dua orang anak tirinya juga dilayan seperti anaknya sendiri. 

"Dia kerja buat tempe sahaja. Nanti kalau awak nak pesan tempe, bolehlah tempah dari suami saya," kata si isteri. 

"Itulah perempuan zaman sekarang, mana suka lelaki gemuk-gemuk, hitam-hitam ni. Mereka tak tahu ke lelaki gemuk ini baik dan penyayang. Buat apa nak malu? Bukan senang kita nak dapat gelaran isteri solehah. Bila suami layan kita dengan baik, kita pun akan hormat. Kalau suami kurang ajar, kita pun hilang rasa hormat," kata lagi. 

Tiba-tiba, lalu satu keluarga di depan kami yang mana si isteri dalam pantang sedang mendukung anak sambil dimarahi oleh suaminya. 

"Cepatlah sikit! Aku ada kerja ni, nak jumpa kawan. Dalam pantang pun nak menyusahkan aku!" kata suaminya. 

Kakak yang berbual dengan saya tadi itu langsung mengelap air matanya. 

"Ya Allah, akak baru cakap tadi. Kenapalah buat isteri begitu. Akak tak bolehlah tengok suami melayan isteri seperti itu. Sakit hati," katanya. 

Saya pun terfikir seketika, betul apa yang dikatakan oleh kakak ini. Entah, sekarang pun masih terfikir lagi. - Nur Ami Roslee

1 comments:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib