Wednesday, 7 December 2016

'Kalau Hati Tak Kental, Takkan Dapat Turunkan Berat Badan' - Nak Turun Berat Badan 16KG Dalam 30 Hari? Ikut Cara Gadis Ini

Hi semua. Hari ini saya nak kongsi tips bagaimana saya boleh turunkan berat badan dari 59 kg kepada 43 kg dalam masa satu bulan. Untuk pengetahuan semua, tinggi saya 145 cm, jadi anda boleh bayangkan dengan ketinggian itu dengan berat 69 kg? Tak tertanggung badan. Jadi, saya nekad yang saya perlu amalkan diet ( sebab masa itu nak masuk praktikal).

1. Hati kena kental. Kalau kejap nak diet, kejap tak nak, jangan beranganlah berat badan itu menurun. Yang penting anda mempunyai matlamat anda sendiri.

2. Dari segi pemakanan, saya langsung tak makan nasi, kway teow, bihun, mee, spagetti, maggi dan roti walaupun azab juga rasanya. Dalam satu bulan itu, saya memang tak makan semua makanan-makanan itu langsung. Mula-mula itu menangis jugalah tengok orang di rumah ini makan nasi itu semua.

3. Saya tak sentuh langsung semua makanan minuman yang manis seperti coklat, aiskrim, air berkarbonat dan yang sewaktu dengannya walaupun adakalanya terlepas juga. Selain itu, makanan yang paling pantang diambil dalam peraturan diet adalah, makanan segera.

4. Mesti bengang kan bila semua benda tak boleh makan? Habis, nak makan apa? Sebenarnya ada banyak saja makanan yang boleh makan seperti:
Pagi: Saya makan telur dua biji.
Tengah hari: Saya makan lauk seperti ayam, ikan, udang, ketam dan sewaktu dengannya. Sayur! Itu paling penting. Nanti tak pasal-pasal sembelit pula.
Petang: Saya akan makan benda yang sama, makan lauk juga. Menyirap jugalah ibu saya sebab saya selalu habiskan lauk di rumah. Hahaha!
Malam: Saya jarang makan malam kecuali lapar. Saya akan makan buah atau kudapan.
Kudapan: Ini jika terlalu lapar atau mulut anda memang jenis yang perlu ada makanan dalam mulut.

Seperti saya, saya akan goreng ikan bilis letak dalam tupperware. Kalau lapar, saya akan kunyah sajalah ikan bilis itu.

5. Bahagian yang paling penting, bersenam. Pagi petang siang malam, saya akan buat zumba. Anda boleh cari di laman YouTube, Persian Zumba. Saya ikuti langkah-langkah zumba yang ditunjukkan dalam video itu dan buat setiap hari sehingga saya mampu menghafal langkah-langkahnya. Takkan boleh kurus kalau anda malas nak bersenam. Percayalah saya.

6. Akhir sekali, paling penting anda perlu minum air. Kalau rasa lapar, minum air.

Jadi itu sajalah yang saya amalkan dalam tempoh satu bulan. Alhamdulillah sekarang dah hilang 16 kg. Jadi selamat berjaya kepada anda yang mahu mula berdiet itu ya. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
Semoga tips yang saya kongsikan ini dapat membantu anda untuk memulakan diet. 





Selepas petua ini jadi viral, beliau sempat menjawap pertanyaan netizen di Fb beliau.

Assalamualaikum semua. Firstly, I nak ucapkan terima kasih sangat-sangat yang sanggup baca tips kurus i yang berjela jela tu. I pun tak sangka boleh sampai tahap macam ni 😩
Okey hari ni I nak jawab semua soalan soalan yang orang dok cakap, dok tanya ni kan.
1. Dah berapa lama buat diet ni? 
Okey ramai sangat yang ingat I baru buat diet ni. Ada yang dok kata nanti after 2 month I akan gemuk balik lah semua. Fyi, I buat diet ni pada awal bulan MEI 2015 hinggalah hujung bulan MEI 2015(bulan 6 tu nak masuk praktikal dah) So alhamdulillah dah lebih setahun dah, berat i pon masih maintain lagi.
2. Lepas stop diet makan apa?
Okey banyak sangat orang tanya yang ni. Lepas je stop diet, I start makan balik. Tapi dalam kuantiti yang sikit lah. I just makan 1 genggam nasi je. Then I makan beras faizah (sampai sekarang). I memang tak minum air manis ni. Kalau apa apa pon I memang akan minum air putih je(tak caya boleh tanya orang yang kenal kita) 😁
3. Masih buat zumba ke?
I still buat zumba. Tapi tak lah sekerap dulu.Tapi dalam seminggu atleast mesti 3 kali. Dan I still guna Persian Zumba tu.
4. Buat atkins ke ni?
Okey, yang ni tak tahu lah nak cakap macam ni. Actually I tak buat pon diet atkins sebab tak mampu follow segala rules dia. Sebab I still amik buah, makan kicap, makan sos. Kalau atkin tak boleh semua tu.
5. Jadual makan sekarang macam mana?
7.00 am
Breakfast: Makan biskut, meehoon, roti, telur(wajib amik tau breakfast ni)
12.30 pm
Lunch: makan macam biasalah, ada nasi, lauk, sayur
6.30 pm
Dinner: Makan macam I makan lunch tadi. ( I memang akan elak kan makan malam)
Lagi satu makan tu jangan lah berulam air, lepas 30 minit makan, barulah minum air
6. Bakpe masa gemuk hitam, masa kurus putih? Pakai produk apa?
Hahahahahahaha yang ni tak tahu lah jawab macam mana. Nak kata pakai produk apa pon tak tahulah, sebab macam macam pernah pakai 😂😂
Mybe lah, I rasa sebab I minum air putih kot, tu yang jadi putih sikit 😂😂😂Lagi satu, lepas je bangun tidur I minum segelas air putih, nak tidur lagi segelas. Tu wajib.
7. Asal tak approve? Sombongnya 😭
Sorry korang. I bukan tak nak approve, dah tak boleh approve sebab friendlist dah over limit. Tak tahu nak buat macam mana. Sorry sangat sangat 😭😭😭tak pun cuba try follow. Mybe kalau follow boleh kot 😅
okey lagi sekali I mohon maaf kalau ada salah cakap ke, salah tulis ke, tak paham yang I tulis ke. Sorry again 🙏
kalau mybe ada yang masih tak jelas, boleh pm i, insyaAllah I akan reply walau lambat 😊


Sumber - Shasha

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib