Monday, 26 December 2016

Difitnah kedai ada pelaris: Anak pengusaha Mee Sup mahu saman malu

Kedai makan Mak Wan Mee Sup Champa di Dungun
Salah seorang anak kepada pengusaha kedai makan Mak Wan Mee Sup Champa di Dungun bertindak mahu mengemukakan saman malu terhadap dua individu yang menfitnah kedai milik keluarganya menggunakan pelaris dalam menarik pelanggan datang ke kedai tersebut.
Pengguna Facebook Abdul Kadir Mohamad turut menawarkan ganjaran 20 % hasil saman tersebut kepada sesiapa yang membantu menyalurkan maklumat dua individu yang terlibat.
Kedai Mak Wan Mee Sup Champa agak dikenali masyarakat di Dungun serta daerah bersebelahan dan kemungkinan penyebaran mesej berkenaan berpunca daripada pihak yang hasad dengki dengan kedai makan itu.
Netizen juga mengecam pihak yang menyebarkan dakwaan yang sengaja dibuat yang berniat untuk menjatuhkan reputasi kedai makan berkenaan.
Minggu ini satu mesej telah tersebar dalam media sosial Facebook dan aplikasi What’sApp yang mendakwa sebuah kedai makan Mak Wan dan satu lagi kedai menjual nasi lemak di Dungun menggunakan ‘benda’ untuk menarik pelanggan dan meminta orang ramai tidak lagi ke kedai tersebut.
Dalam mesej itu kononnya seorang yang membahasakan diri sebagai ustaz telah merasa kebas di bahagian pipi dan melihat kelibat ‘benda’ itu muncul ketika makan di kedai yang didakwa.
Assalamualaikum semua.. Sy nk pesan jngan mkan kedai mee sup mokwan dan nasi lemak dpn psar minggu hari isnin(sebelah kedai brg motor) Sy pun bru tahu crite drpd ustaz yg rawat tok sy.. ustz tu bgitahu ade 2 kedai mkan yg pling kuat gune ‘benda’ ni..kedai lain takmo cite lah,tpi kedai pling kuat gune.. Suatu haritu bini ustz ajok ustz gi mkn mee sup mokwan,ustz xmboh gi tpi bini ustz nk gi sngt,jdi ustz gi lah..suapan yg pertama rase kebas pipi2,ustz pun bace2 ayat,nmpaklah ‘benda’ tu mniarap atas meja,mate merah besar baldi,lidah jelir. So,ksimpulannye ade di tngan awok2 semua..atas deme la nk gi ke xmboh,sy dh pesan.kbo deh ke org lain..harap mklum
Walau bagaimanapun, menurut blog Suara Dungun seorang pengguna Facebook Danial Harith tampil memohon maaf kepada keluarga Mak Wan di atas tindakannya yang memuat naik status tanpa mengetahui kesahihan mesej itu.
Pengguna media sosial wajar memastikan kebenaran sesuatu perkara sebelum bertindak menyebarkannya kerana dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada pihak tidak bersalah yang menjadi mangsa keadaan. Semoga perkara seumpama ini tidak berulang di masa depan. – Terengganu Times




0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib