Sunday, 6 November 2016

Syurga Makanan di Kuala Terengganu

Sebut sahaja Terengganu mesti terbayang keropok lekor, nasi dagang, kuih akok dan ketupat sotong. Selain makanan ini, banyak lagi makanan lain yang sedap di Terengganu. Jika anda ingin mencari tempat makan sedap di Terengganu, banyak pilihan restoran atau kedai makan yang boleh dicuba. Senarai di bawah adalah tempat makan popular yang menjadi tarikan penduduk setempat dan juga pelancong domestik. Jadi, tunggu apa lagi jom kita survey tempat makan yang sedap-sedap di Kuala Terengganu.

1. Mak Ngah Nasi Dagang

Nasi Dagang Mak Ngah yang terletak di Chendering adalah antara yang popular di Kuala Terengganu. Selain nasi dagang, terdapat juga menu sarapan pagi lain seperti mihun goreng, keropok lekor, kuih-muih dan lain-lain. Ia mula beroperasi sejak tahun 1950 lagi dan menjadi tarikan pengunjung yang datang dari luar Terengganu. Nasi Dagang dihidangkan dengan daun pisang, nasinya lembut dan kuahnya pula pekat. Bila pekena nasi dagang Mak Ngah ni gerenti habis licin!
Mak Ngah Nasi Dagang 1Mak Ngah Nasi Dagang2Mak Ngah Nasi Dagang3
Alamat: C-140, Kampung Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: +60 9-617 1140
Waktu Operasi: 7.00 pagi – 12.00 tengahari (Jumaat Tutup)
Info: Mak Ngah Nasi Dagang

2. The Cendol Champion

The Cendol Champion yang terletak di Wakaf Tengah Kuala Terengganu memperkenalkan beberapa jenis cendol yang menarik. Antaranya adalah cendol durian, cendol mangga, cendol buah campur, dan cendol durian belanda. Paling sedap dan anda patut cuba ialah cendol durian yang dicampur pulut. Rasa cendolnya tidak terlalu manis. Anda juga boleh ‘add-on’ aiskrim, oreo, pulut, jagung dan juga kacang merah. Bagi mereka yang tidak suka makan cendol, bolehlah menikmati ABC atau Air Batu Campur.
Cendol Champion1Cendol Champion 2Cendol Champion 3
Alamat: 7091-A, Kampung Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: +60 19-950 6900
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 6.00 petang
Info: The Cendol Champion

3. Restoran NR Cafe

Restoran ini sangat meriah pada waktu malam. Menu-menu di sini kebanyakaannya adalah masakan ala thai, western, dan masakan berasaskan herba. Antara menu yang menjadi pilihan pengunjung di sini adalah sup belut berherba, tomyam kelapa muda dan sotong goreng celup tepung. Uniknya menu Tom Yam Kelapa Muda ini adalah sebenarnya sama sahaja masakkannya seperti tomyam yang lain. Bezanya ia diletakkan di dalam kelapa muda dan bukannya di dalam mangkuk. Chicken Chop mereka pula sedap dari segi kuah/sos dia. Memang menjilat jari!
NR CafeNR Cafe 2NR Cafe 3
Alamat: Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: +60 9-666 0645
Waktu Operasi: 4.30 petang – 12.30 malam (Isnin – Sabtu), 4.30 petang – 12.00 malam (Ahad)
Info: Restoran NR Cafe

4. Warung Pok Nong

Warung Pok Nong boleh dikatakan paling popular di Kuala Terengganu. Orang luar yang datang ke Kuala Terengganu pasti akan singgah ke sini. Apa yang menjadikan tempat ini popular adalah makanan laut yang digoreng dengan tepung. Dari ikan, udang, sotong yang bersaiz kecil hinggalah yang bersaiz besar semua ada! Ada cendawan celup tepung, udang celup tepung, sotong celup tepung, ikan celup tepung, dan macam-macam lagi. Selain daripada itu, satu lagi tarikan di warung ini adalah jagung parut. Pekena semangkuk gerenti tak cukup dengan gabungan aiskrim dan jagung. Sangat sedap!
Pok Nong 1Pok Nong 3
Alamat: A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: +60 9-612 7655
Waktu Operasi: 3.30 petang – 8.00 malam (Selasa Tutup)
Info: Warung Pok Nong

5. Nur Qaseh Chicken Chop

Teringin nak makan makanan barat tapi bajet tak cukup? Jangan risau. Jom ke restoran Nur Qaseh Chicken Chop (NQCC). Dekat sini anda boleh dapat chicken chop dengan harga serendah RM3.80 sahaja! Selain Chicken Chop yang dijual dengan harga RM3.80, NQCC ini juga ada menyediakan beberapa menu makanan lain seperti Fish & Chip, Meatball, Meatball Cheese, Spaghetti Meatball dan Salmon Chips. Setiap menu ini berharga kurang dari RM10. Wow! Memang berbaloi sangat-sangat harganya dengan portion yang diberikan.
NQCC 1NQCC 2NQCC 3
Alamat: 11, Jalan Ketapang Pasar, Kampung Teluk Ketapang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: +60 13-978 2716
Waktu Operasi: 5.00 petang – 11.00 malam
Info: NurQaseh Chicken Chop

6. Air Buah Gelas Besar Terengganu

Bila datang ke Terengganu, restoran air buah gelas besar yang terletak di Kampung Seberang Takir ini adalah antara tempat makan yang mesti anda singgah. Menu utama di sini sudah semestinya air buah. Harga setiap air berdasarkan saiz gelas, samada gelas kecil, sederhana atau besar. Orang ganu menggelarkan air buah ini dengan nama air buah pior. Pior adalah berasal dari perkataan inggeris iaitu “pure” yang membawa maksud asli. Tambahan pula, kedai ini menyediakan mihun sup yang sangat sedap! Selain mihun sup, terdapat juga makanan lain seperti sate, nasi dagang, nasi minyak, keropok lekor, roti canai dan banyak lagi.
air buah gelas besar 1air buah gelas besar 2air buah gelas besar 3
Alamat: Jalan Tengku Ampuan Bariah, Taman Samudera, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon:
Waktu Operasi: 5.00 petang – 1.00 pagi (Isnin-Sabtu), 5.00 petang – 12.00 malam (Ahad)
Info: Air Buah Gelas Besar Terengganu

7. Keropok Lekor Bukit Tok Beng

Keropok Lekor yang paling terkenal di Kuala Terengganu ialah Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Disebabkan terlalu ramai, pelanggan perlu terlebih dahulu mengambil nombor giliran. Keropok lekor di sini memang terbaik dan rasa asli keropok lekor ini tidak boleh didapati di mana-mana. Ia dibuat secara tradisional menggunakan kaedah turun temurun. Keropoknya sangat sedap dan lembut kerana mereka menggunakan ikan yang berkualiti.
keropok lekor btb 1KeropokCheesyLavakeropok lekor btb 3
Alamat: Lot 8292 Seberang Takir Darul Iman., Kampung Bukit Tok Beng, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: +60 12-435 2209
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 8.00 malam (Jumaat Tutup)
Info: Keropok Lekor BTB 2209

8. Restoran Lempeng

Nama pun restoran lempeng, menu tarikan di sini tentulah lempeng. Lempeng atau orang barat panggil “pancake” ini bukan yang biasa anda boleh dapat di mcD. Bahan asas yang digunakan pemilik restoran untuk membuat lempeng ialah tepung yang dicampur dengan isi kelapa parut, santan, berserta sedikit gula dan garam, cicah sambal bilis. Perghhh!!! Boleh meleleh air liur. Jika peminat lempeng, anda pasti suka lempeng kelapa muda di Restoran Lempeng yang terletak di Kuala Terengganu ini. Selain itu, anda boleh cuba ketupat sotong, nasi budu dan kalau order air jangan lupa cuba air tuak yang mempunyai rasa yang unik. Anda pasti suka!
lempeng1lempeng 2lempeng 3
Alamat: 11, Jalan Mawar 3, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: +60 9-617 8660
Info: Restoran Lempeng

9. QAWA Coffee & Sandwich

Kedai kontena QAWA ini adalah kafe Starbuck Malaysia yang pertama di pantai timur. Order di kaunter, tunggu dalam masa 3-5 minit dan kopi anda sedia untuk dinikmati. Dekorasi ruang makannya sangat trendy dengan susunan koleksi antik pemilik QAWA Cafe seperti kamera antik, buku komik lama, barangan limited edition dan beberapa barang warisan keluarga. Sangat unik! QAWA menyediakan menu minuman berasaskan kopi, ice blended serta hidangan seperti salad ayam, sandwich, pasta, kek, pastri termasuk beberapa makanan high tea & makan malam.
QAWA 1QAWA 2QAWA 3
Alamat: 1482, Jalan Budiman, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 12.30 malam (Khamis – Sabtu), 5.00 petang – 2.00 pagi (Jumaat)
Info: QAWA Coffee & Sandwich

10. The Pallet Cafe

Keunikan The Pallet CafĂ© adalah kayu pallet dijadikan sebagai dekorasi dalaman dan luaran kafe. Dari dinding hingga ke meja dan kerusi semuanya daripada kayu pallet. Cantik! Bagi pelanggan yang inginkan “udara luar” atau para perokok, kafe ini turut menyediakan tempat/meja makan di bahagian balkoni. Dekorasi dalaman kafe yang menarik seiring dengan hidangan makanannya yang sedap – Chicken Grilled, Hot Chocolate with Mashmallow, Spageti Oglio Olio, dan sebagainya. Harus datang dan cuba!
pallet 1pallet 2pallet 3
Alamat: 31041 Tingkat Bawah Taman Sri Permata, Jalan Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: +60 12-900 5263
Waktu Operasi: 6.00 petang – 12.30 malam (Isnin-Jumaat), 6.00 petang – 12.00 malam (Sabtu)
Info: The Pallet Cafe

11. Rahsia Kitchen

Jika anda datang makan di Rahsia Kitchen ini anda akan berasa seolah-olah menikmati makanan di hotel terkemuka yang meyajikan makanan barat. Harga makanan di sini pula jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan makanan western dekat tempat lain. Walaupun kedai biasa-biasa tapi tahap kebersihannya kelas A! Antara menu yang menjadi tarikan di sini adalah Chicken Roulade, Nasi Butter Chicken, Lamb Shank, dan sebagainya. Selain makanan, tarikan lain di Rahsia Kitchen adalah nama minumannya yang pelik. Antaranya ialah ‘air drebar lori’, air jahak, iron man, candy crush, android kitkat, black box, dan banyak lagi.
rahsia 1rahsia 2rahsia 3
Alamat: 1436, Jalan Budiman, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: +60 11-1188 0801
Waktu Operasi: 5.00 petang – 12.00 malam (Khamis & Jumaat Tutup)
Info: Rahsia Kitchen

12. Mek Awang Cafe

Teringin untuk mencuba makanan campuran Cina dan Melayu? Datanglah ke Mek Awang Cafe. Mereka menyajikan kira-kira 40 jenis hidangan asli masakan tradisi, barat serta pencuci mulut. Boleh dikatakan, kesemua menu digemari pelanggan kerana rasa asli tempatan oleh dua chef berpengalaman. Pelanggan boleh menikmati laksa, laksam, nasi hailam, keropok lekor, nasi lemak ayam goreng berempah, nasi putih kay hong, kay pacok (sate) dan nasi dagang. Selain itu, sajian makanan barat seperti spageti aglio olio dan spageti tom yam sayuran juga ada di sini. Jika anda penggemar waffle dan ingin mencuba sesuatu yang berbeza – cubalah waffle cendol yang terlajak laris!
mek awang 1mek awang 2mek awang 3
Alamat: 162, Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: +60 9-622 0140
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 11.00 malam
Info: Mek Awang Cafe

13. Hazlan Bistro

Hazlan Bistro menyediakan pelbagai jenis masakan seperti makanan ala-thai, western, sizzling dan juga steamboat. Steamboat di sini adalah ala carte dan bukan secara buffet. Antara menu western mereka adalah Grill Hawaii Chicken, Fried Chicken Chop, Grill Mushroom Chicken, Gril Thai Chicken, Lamb Blackpaper dan lain lain. Grill Hawai Chicken di sini sama seperti Grill Chicken Cheese tetapi yang membezakannya adalah dibawah cheese terdapat telur dan juga potongan nenas. Sedap! Ada rasa masam-masam sedikit. Portion yang diberi besar dan anda pasti puas hati.
hazlan bistro 1hazlan bistro 2hazlan bistro 3
Alamat: 4097, Jalan Haji Abdul Rahman Limbong, Kampung Banggol, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu
Nombor Telefon: +60 11-2944 999, +60 9-631 4333, +60 9-688 0000
Waktu Operasi: 4.30 petang – 1.30 pagi (Isnin-Sabtu), 4.30 petang – 12.00 malam (Ahad)
Info: Hazlan Bistro

14. Estadio Coffee & Bistro

Estadio Coffee & Bistro adalah kafe yang menyajikan makanan barat dan bertemakan sumber laut. Mereka menggunakan konsep “Tabur dan Makan” iaitu ala-ala “Shellout”. Terdapat 4 pakej Shell Out yang boleh anda pilih. Ada 4 jenis seafood yang disediakan untuk setiap pakej iaitu ketam masak blackpapper, udang masak serai, sotong masak merah & lala/kupang masak butter milk. Paling best dia punya seafood semuanya fresh! Lihat sahaja dah terliur belum lagi masuk ke dalam mulut. Marvellous!
estadio 1estadio 2estadio 3
Alamat: Lot 4229 (Ground Floor), Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Nombor Telefon: +60 13-405 3200
Waktu Operasi: 5.30 petang – 11.30 malam (Isnin Tutup)
Info: Estadio Coffee & Bistro

sumber http://my.travelmalaysia.me/

1 comments:

  1. Assalamu alaikum…wr.wb... saya ingin berbagi cerita kepada teman-teman yang pecinta togel,bahwa dulunya saya TKI di singapura yang terlantar buat makan aja sangat susah,dan alhamdulillah setelah saya hubungi AKI SUNDOSO saya bisa pulang kampung dan memulai hidup yang baru,ini semua berkat bantuan AKI SUNDOSO.karna angka ritual yang di berikan beliau saya bisa menang togel yang 4D singapura yaitu ( 4166 ) saya menang 297.juta syukur alhamdulillah kini sekarang saya sudah buka usaha sendiri,saya ucapkan banyak terima kasih kepada AKI SUNDOSO..tampah bantua dari AKI saya tidak bisa seperti sekarang,bagi teman-teman di indo maupun yang terlantar di luar negri mau mengubah nasib seperti saya silahkan HUBUNGI AKI SUNDOSO di NO: {-082-347-539-177-} karna AKI SUNDOSO dengan senang hati membantu memperbaiki nasib anda,sebab angka ritual di berikan AKI SUNDOSO di Jamin terbukti 100% akan keluar,atau silahkan buktikan sendiri karna kesempatan tidak akan datang kedua kali…terima kasih banyak AKI WASSALAM

    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan sendiri

    KLIK DISINI >>> ANGKA TEMBUS SINGAPURA HARI INI <<<

    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

    angka GHOIB; malaysia

    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

    angka GHOIB; laos

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib