Sunday, 13 November 2016

Pegawai wanita MPK maut kereta terbabas LPT Lanchang (5 Gambar)

Seorang pegawai wanita penolong Pengarah Jabatan Perancang Bandar Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) maut selepas kereta dinaiki terbabas di Lebuh Raya Pantai Timur dekat Lanchang tengah hari tadi.
Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari mengakibatkan mangsa Noraini Ismail meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami perdarahan serius di kepala. Mangsa adalah isteri kepada Penolong Pegawai Perancang Bandar MPK C.W. Zahari C.W. Ahmad.
Sementara itu dua lagi penumpang termasuk pemandu dilaporkan cedera parah.
Mayat dihantar bilik forensik di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat.
Menurut sumber, kereta Nissan Xtrail itu dinaiki tiga orang dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk mengikuti kursus jabatan. – Terengganu Times








0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib