Monday, 7 November 2016

Kejutan! Safawi Rashid sah ke JDT, Mat Yo kunci mulut

Safawi Rashid dan Norshahrul Idlan Talaha
Pemain sayap muda T-Team Safawi Rashid mengesahkan akan menyertai pasukan JDT pada musim depan manakala Norshahrul Idlan Talaha masih belum memberi kata putus sama ada kekal atau tidak bersama pasukan Terengganu bagi tahun 2017.
Menurut sumber Stadium Astro, Safawi dan pengurusan T-Team sudah menyelesaikan semua urusan perpindahan dan hanya tunggu masa untuk menandatangani kontrak bersama juara hatrik Liga Super tersebut.
Kelincahan beliau bersama T-Team pada musim ini telah menarik minat beberapa pasukan besar untuk memancingnya dan merupakan antara pemain muda paling menyerlah pada saingan Liga Malaysia tahun ini.
Pemain berusia 19 tahun ini dan pemain muda lain menjadi nadi kebangkitan pasukan Titans hingga berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada Selangor.
Bakat beliau dicungkil daripada Akademi Bola Sepak T-Team atau Akademi Young Titans dan juga menjadi tonggak skuad remaja T-Team yang meraih gelaran naib juara Piala Presiden.
Safawi Rasid
Safawi Rasid
Sementara itu bagi Mat Yo, beliau ketika ini masih bersama pasukan Penyu sehingga tamat kontrak dan akan memberi keputusan pasukan mana akan dipilih untuk musim hadapan selepas tamat kejohanan Piala AFF Suzuki Disember ini.
Beliau mengakui ada menerima pelawaan pasukan lain dan memerlukan masa untuk meneliti tawaran tersebut dengan megambil kira pelbagai faktor lain.
Safawi dan Mat Yo sedang mengikuti latihan bersama pasukan kebangsaan dalam usaha memburu20 tempat pemain Harimau Malaysia bagi persediaan Piala AFF Suzuki 2016 di Filipina dan Myanmar bermula 19 November hingga 17 Disember ini. – Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib