Tuesday, 22 November 2016

'Bukan Tak Mahu Tetapi Tak Mampu' - Ibu Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Masjid

KUALA LUMPUR - Seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui di sebuah masjid di Jalan Melawati 5, Taman Melawati, hari ini. 

Bayi yang ditemui di dalam kotak kira-kira jam 7.45 malam di Masjid Al-Hidayah berserta dengan sekeping nota kecil dari ibu bayi berkenaan. 

Berdasarkan nota itu, bayi berkenaan baru dilahirkan hari ini, namun wanita berkenaan terpaksa meninggalkan bayi itu di masjid kerana tidak mampu menjaganya. 

"Bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu. Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu. 

"InshaAllah jika punya jodoh, kita akan berjumpa," katanya.

Menurut sumber, bayi itu telah diazankan dan telah diserahkan kepada pihak hospital. - The Reporter



'I Love You...' - Bayi Ditemui Dalam Masjid Bersama Satu Nota Dari Ibu & Anak Patung

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki yang diletakkan di dalam kotak ditemui di hadapan Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, malam tadi. 

Difahamkan, orang ramai menemui bayi berkenaan kira-kira jam 7 malam dengan tubuhnya dibalut kain batik bersama patung mainan. Sekeping nota turut ditemui bersama bayi dalam kotak berwarna hitam itu. 

Nota yang dipercayai ditulis ibu bayi berkenaan, antara lain menyatakan bayi itu ditinggalkan kerana tidak mampu dijaga. 

"Assalamualaikum. Jika anda membaca nota ini, bayi ini dilahirkan pada 21 November 2016. 

Tindakan saya terhadap bayi ini adalah bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu. 

"Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu. Insya Allah, jika punya jodoh, kita akan berjumpa. 

I love you," kata nota itu. Penemuan berkenaan menjadi perhatian selepas selepas gambar bayi dan nota berkenaan tersebar luas di media sosial.
 

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib