Thursday, 10 November 2016

Berbasikal Dari London Ke Malaysia, 3 Pemuda Ini Bertemu Anjing Yang Mengajar Erti Sahabat Sejati

Adeeb, Azrulhan dan Amirul
Jika anda biasa mendengar  dan menonton Zahariz Khuzaimah mengembara keliling dunia dengan basikalnya, sebenarnya beliau tidak keseorangan dengan kerja gila ini.
Kali ini kami ingin kenalkan anda dengan 3 anak muda Malaysia – Adeeb, Azrulhan dan Amirul; yang menggelarkan diri mereka Sick Siders Malaysia(SSMY) sanggup terbang ke UK dan kemudiannya kembali ke Malaysia dengan cara berbasikal.
Perjalanan memasuki border Macedonia ikut jalan lama, mengelilingi tasik Ohrid. Patutla sejuk gila dan terasa awan di atas kepala je, rupanya kami di ketinggian 700m dr paras laut. Tasik ni pula kedalamannya mencecah 300m dan dihuni seekor ikan yang hanya boleh didapati disini sahaja. Kata orang disini, dahulu ada sekumpulan pemancing dapat menangkap raja ikan itu dan sejak dari itu ada sahaja manusia yang mati lemas disini setiap tahun dan ada yang pernah nampak beberapa kali tasik ini menjadi hitam tetapi apabila di ambil airnya, menjadi jernih.What an interesting story!
By @sicksidersmalaysia “SSMY™;
Kalau kau rasa apa yang aku rasa,
Kau tak nak buat macam yang aku buat,
Tapi kenapa aku masih buat lagi kerja gila ni sampai sekarang,
Hanya aku yang tahu,
Hanya mereka yang pernah ikut aku boleh rasa aku,
Dan semestinya…
Perjuangan kita tak akan sama setiap seorang.
Kerana aku buat bertujuan memberi inspirasi.
Bukan menjadi basi lepas buat sekali.”
Bermula dari UK, mereka merentasi 22 negara termasuk Bosnia, Albania, Macedonia, Turki, Kyrgyzstan, China hingga ke Malaysia. Dianggarkan keseluruhan perjalanan dengan basikal ini adalah sejauh 29,000km.
Sepanjang dalam perjalanan berbagai pengalaman yang telah mereka kutip dan kongsikan di wall fb mereka, tapi kisah yang satu ini sewaktu mereka di Macedonia cukup menyentuh hati.
Keesokan paginya sedang kami berkemas, datang anjing ni, mulanya kami takut ingat dia nak menyalak pada kami tiba-tiba dia bermanja-manja dengan kami. Kelihatan macam lapar, lalu kami beri makanan dan minuman dan beliau menghulurkan tangan pada kami, mungkin tanda terima kasih agaknya. Lepas tu terus dia lepak situ lihat kami mengemas.
Semalam masuk border Macedonia dah gelap, jadi kami camping di sebuah tanah lapang dengan suhu below zero degrees di ketinggian 700m dari paras laut. Keesokan pagi masa nak kemas untuk bergerak kami didatangi anjing ni tak tahu kepunyaan siapa, sangat manja dan dengar kata kami. Ketika bergerak dia ikut kami sampailah ke sini, kami lihat dia macam penat lalu berhenti sebentar disini dan dia tidur lepas kami beri roti dan air. Siapa-siapa tahu anjing jenis apa ni?
Man’s best friend. Our travel companion in Macedonia. We named him, Ohrid because he found us infront of the Lake Ohrid. He followed us from border until Ohrid town. A husky type I guess.


Dan ini penjelasan Adeeb tentang Ohrid, sahabat baru mereka;
Anjing jenis Siberian Husky/Hybrid Husky ni datang ke campsite kami pada pagi semalam semasa kami sedang mengemas untuk meneruskan perjalanan ke bandar Ohrid.
Walaupun tanah lapang tapi kami tak perasan langsung kehadiran beliau sampai dah dekat baru kami perasan dan terkejut. Mulanya rasa takut sebab seperti seekor serigala, namun bila dia hampiri kami terus bau-bau kami dan duduk melihat kami mengemas.
Habis mengemas kami beri makan roti dan beri minum air, sebab kelihatan dia lapar dan dahaga. Selesai mengemas dan hendak bergerak dia dah tunggu di jalan menunggu kami, dan bila kami start kayuh terus dia ikut sejauh 15km ke bandar Ohrid.
Di dalam perjalanan kami berhenti sekejap-sekejap beri dia air. Sampai di bandar Ohrid kami tukar duit dan makan, kami beri sedikit daging pada dia dan makan dengan berselera sekali.
Ohrid gangnam style! Haha. Bila lay down dia suka silangkan macam tu. Plus dia pandai gila posing, cuma belum master buat duck face. Sikit hari lagi mungkin.
Sementara kami makan didalam kedai, dia menunggu kami di pintu kedai. Terus kami rasa sesuatu tentang anjing ni, cukup istimewa. Orang-orang di bandar ni pulak kata is this your dog, lalu kami kata yes! Dan mereka kata this dog is really expensive!
Kami research pasal anjing jenis ni, Siberian/Arctic Husky. Anjing untuk bekerja, serupa seperti serigala tapi bukan. Anjing jenis athletic, intelligent and indipendent. Kebolehan dia belajar memang menakjubkan. Not aggressivedan boleh bergaul dengan anjing-anjing lain, anjing ni pon jenis yang baik dancan get along dengan anak kecil dan jenis yang welcome semua orang ke rumah tuannya.
This kind of dog dont barks, he’s howling! Aaauuuwwoooo! Orang kat sini kata anjing ni mahal, 1000€!

Dia jugak jenis tak makan banyak tapi boleh bekerja keras dan suka berjalan. Anjing jenis ni memang suka adventure life. Anjing ini juga dipercayai banyak bersama Chukchi, Siberian nomads dan merupakan oldest dog breeds.
Sepanjang dengan kami dalam perjalanan, mana-mana anjing semua dia jadikan kawan dan kami dapat pass through dengan selamat tanpa dikejar, ada juga satu masa, kami yang halau anjing-anjing lain yang cuba nak gaduh dengan dia tapi sikit dia tak pedulik dan nyorok di sebelah kami. Dia sekali pun tak pernah menyalak sebaliknya buat suara comel dan berguling-guling.
Semalam beliau hilang dan kami biarkan saja dan terus jalan sekitar kota lama Ohrid, pergi minum kopi dan borak-borak. Last sebelum balik kami pusing bandar sekali lagi dan kata serah pada takdir, kalau ada, adalah. Kalau tak ada terus balik, tiba-tiba dengar suara dia dan bila kami lihat dia di tengah bandar sedang dikerumuni sekumpulan lelaki. Kami jerit nama dia dan lelaki tu semua beredar, anjing ni terus meluru ke kami dan ikut kami.
This is something new for us, selalunya anjing yang ikut kami semua hilang dalam perjalanan, tetapi yang ini memang berbeza. We will see, for how long this Husky will stay with us throughout this journey.
Setelah berbual, kami meneruskan perjalanan, kali ini menuruni bukit pula. Oleh kerana laju menuruni bukit, jarak antara kami dan Ohrid semakin jauh, buat pertama kalinya, Ohrid menyalak sekali bagaikan berkata kepada kami, “Tunggu!”, dengarkan salakan itu, kami terus rasa sesuatu dalam diri, Ohrid panggil kami!
Buat kami yang tak ada pengalaman dengan anjing, tapi apabila berhadapan dengan situasi ini. Terus kami berhenti dan Ohrid laju berlari ke arah kami. Suatu perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata, terus membuatkan kami sebak.
Perkongsian Adeeb di fb wall beliau tentang Ohrid mendapat perhatian ramai. Malah ada yang bertanya di mana Ohrid bila tiada cerita tentang anjing ini.
Port cafe racer, next time Europe tour or Balkans dengan cafe racer pulak! – Kukurecani, Macedonia


A person can learn a lot from a dog, even a loopy one like ours. Ohrid taught me about living each day with unbridled exuberance and joy, about seizing the moment and following your heart.
He taught me to appreciate the simple things-a walk in the woods, a fresh snowfall, a nap in a shaft of winter sunlight. And as he grew old and achy, he taught me about optimism in the face of adversity. Mostly, he taught me about friendship and selflessness and, above all else, unwavering loyalty.
Sebagai salah seorang yang suka mengikuti perkembangan Adeeb dan rakan-rakannya, saya turut tertunggu-tunggu apakah selanjutnya dari kisah Ohrid ini. Sehinggalah Adeeb memuat naik status ini.
Kau kecil, tapi jiwa kau besar,
Kau muda, tapi berani kau bagai dewasa,
Kau bawa kami, bukan kami bawa kau,
Kau ajar kami, bukan kami ajar kau,
Kau tidur ayam sedang kami tidur lena,
Kau keletihan, tapi masih mahu berjalan malam,
Kau kesejukan, tapi bertahan menjaga basikal,
Aku peluk kau, kau diam tanda faham,
Aku tenung mata kau, tenungan kau lagi dalam,
Aku sayangkan engkau Ohrid, tapi tak terlawan sayang kau pada kami.
Maafkan aku, maafkan kami.
Malam ini. Aku tidur dibasahi air mata merindukan engkau…
Ohrid

Nama kami beri sempena nama tasik dan bandar yang akan kami pergi pagi itu, Ohrid.
Datangnya pada kami, dengan penuh keriangan, gurauan, tiada salakan.
Sedia menanti di jalanan bagai mahu turut serta dalam pengembaraan, tidak kami anggap haiwan tapi lebih dari kawan dan peneman.
Dari bandar ke bandar berjalan kami seiringan, jauh tak terasa kerana seronok bersama dalam pengembaraan.
Setelah hampir 200km berjalan, tinggal lagi 100km perjalanan kau sudah tak dapat meneruskan perjalanan, aku tahu kau menahan kesakitan.
Namun masih gagah berjalan dijalanan walaupun hanya 10km seharian, kami cuba mencari bantuan, mencari cara mengurangkan kesakitan.
Namun kami gagal dalam suhu yang semakin kesejukan, kami tak kuat seperti kau wahai kawan.
Kami angkut dibelakang badan, kami berjalan perlahan, namun sebelum melarat kesakitan, sebelum semakin parah siksaan.
Sampai di sini sahaja perjalanan kita Ohrid.
Semoga kau bahagia bersama tuan baru, semoga kita dipertemukan lagi suatu hari nanti. Akan aku kembali, mencari kau dan membawa pulang. Terima kasih untuk pengembaraan yang mencabar sepanjang 170km dan 8 hari kita bersama. Terima kasih Macedonia. Terima kasih Ohrid. Kau pasti akan aku rindui. Pasti…..
Apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Ohrid – anjing yang sangat setia dalam persahabatan ini? Saya menghubungi Adeeb dan ini penjelasan beliau;
Kaki dia sakit, tak dapat nak teruskan perjalanan, kami dah cuba ikut pace dia, kami pernah buat hanya 10km sahaja sehari, pernah cuba angkat dan letak dia atas basikal, cuba cari troley untuk kami tarik dia, cuba carikan tuan baru, tapi semua temui jalan buntu.
Tempat yang kami tinggalkan dia masa tu di sebuah pekan yang tiada apa-apa, di sebalik bukit dan waktu tu musim sejuk. Kami pernah hampir nak menangis sebab jari tak rasa apa, biru dan rasa macam nak pecah kerana cuaca yang sejuk sangat dan kabus tebal.
Kami tak boleh bawak dia lagi dan terpaksa tinggalkan sahaja dia, khuatir dia mungkin dilanggar sebab dia suka jalan atas line putih di tengah jalan raya mungkin sebab situ lebih rata berbanding jalan biasa dan dapat kurangkan kesakitan di kaki dia.
Tapi dengan keadaan yang berkabus, kereta mungkin tak nampak dia dan mungkin langgar dan kami tak dapat berada lama di situ kerana sangat-sangat sejuk. Jadi kami cuba kayuh selaju mungkin, sayup-sayup saya dengar dia menyalak memanggil kami, saya akui saya nangis sambil kayuh selaju yang mungkin dan tak toleh belakang lagi.
Sesampai di Istanbul di tahun baru, salji mula turun di Istanbul dan kami patah balik ke Ohrid, Macedonia ke rumah keluarga angkat disana dan kami ke Skopje dan sewa kereta dari sana, memandu dari Skopje ke pekan yang kami tinggalkan ‘Ohrid’ dengan harapan mencari ‘Ohrid’ kembali.
Kami tinggal disana selama 2 hari namun masih tidak ketemu, radius pencarian semakin luas, siang dan malam, namun masih tidak kami jumpa. Lalu kami pulang kembali ke Ohrid dan memulangkan kereta disana.
Friends
You were someone I don’t know before , you were someone I don’t expect I will get along with. But it turned out you have given me one of the best friendship ever .
Sooner, you’ll no longer feel my presence, you’ll never even miss my absence . I just hope that someday, when our path crossed again, you will still be the person I used to call friends.
I’m praying that our friendship will never come to an end. I’m wishing that it will last until you can see an apple in an orange tree on the 30th day of February. Promise me we are true friends.
God gave us 86,400 valuable seconds each day. May I use a few seconds to say thanks for giving me the gift of knowing someone like you. I know your life can go on without me, that you can be happy without me, that you can survive without me.
But even if you turn me away, I will still stay with you and will always be your friend . Thanks for this valuable moment. I really appreciate it.
We’ve tried our best to find back Ohrid, it’s really a 1% possibility and that 1% is only a miracle. Wherever you’re Ohrid, I will remember you always and may you get a new kind-hearted owner to take care of you.
I know you’re strong will kind of a dog, maybe our journey path crossed only for a few days and kilometers, and we separated to continue our own journey.
So long, buddy. I’m gonna miss you…
Sebenarnya banyak lagi kisah menarik dari 3 anak muda ini, antaranya – dilamar pakcik Kyrgyzstan untuk mengahwini anak gadis mereka (oh my!), bertemu dengan lelaki tua kaya yang sangat dermawan tetapi tinggal di rumah biasa-biasa saja dan tanpa mereka sangka menerima berbagai bantuan yang tak diduga dari orang asing di sepanjang pengembaraan mereka.
Sebelum kami mulakan pengembaraan ‘Journey to Homeland’ ini, hampir setahun kami cuba cari sponsorship dari pelbagai pihak.
Namun, kerana sudah tidak dapat menunggu lagi, sehari sebelum bertolak kami berjaya mendapatkan surat dari KBS Malaysia dan ditandatangani oleh YB Khairi Jamaludin dan dengan surat itu sahaja kami minta bantuan dari setiap kedutaan Malaysia di setiap negara yang kami lewati, dan untuk di kawasan lain kami minta pertolongan dari Allah swt dan Alhamdulillah kami diberi orang-orang yang baik membantu kami disepanjang perjalanan kami.
Doa seorang musafir memang cepat diterima-Nya, kami minta tempat tinggal dapat, kami minta tolak hujan dapat, kami minta rezeki dapat, apa sahaja semua diterima.
Dulu sebelum bertolak kami risau juga, tiada duit, tiada cukup peralatan, tapi kini, sudah hendak masuk 9 bulan kami dijalanan, pengalaman sahaja entah berapa banyak kami timba, kenalan yang kami ketemu pula sudah beribu di bermacam tempat.
Kami pernah jatuh sakit, kami pernah sesat, kami pernah rasa penat macam nak mati, kami pernah kayuh sampai tengah malam, kami pernah tak makan lama sebab ikat perut jimat duit, namun sikit pun kami tidak pernah mengalah ataupun rasa nak pulang cepat hanya kerana kekurangan, kami percaya cukup Allah bagi kami dan Dia akan cukupkan kami segalanya yang kami perlukan.
Jika anda punya impian seperti kami, tanya diri dahulu. “Apakah tujuan kamu?”. Kalau dah ada jawapan atau persoalan, maka mulakanlah dengan ‘Bismillahhirrahmannirrahim”.
Sekian, Muhammad Adeeb’s
Jalanan Universitiku, pengalaman guruku.
Karakol, Kyrgyzstan.
9am, 10 April 2015.
Anda boleh ikuti kisah menarik pengembaraan ‘gila’ Adeeb dan rakan-rakannya ini di fb page Sick Siders Malaysia,   IG Sick Siders Malaysia dan website ssmy.co.uk
Sumber Vocket

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib