Tuesday, 11 October 2016

Tolak Lamaran, Gadis Teruk Diseksa Sebelum Dibunuh

SEORANG gadis berusia 20 tahun yang ditemui mati di sebuah spa di Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad lalu, disahkan dibunuh.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra, berkata pemeriksaan lanjut doktor perubatan ke atas mangsa mengesahkan punca kematian disebabkan sesak nafas dipercayai akibat dicekik.
Selain itu, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian gusi atas dan patah tulang hidung serta tercabut sebatang gigi atas, dipercayai akibat hentakan benda tumpul.
“Susulan itu, siasatan menyeluruh dijalankan ke atas semua pekerja spa terbabit sebelum polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun, kira-kira 2.30 petang semalam kerana disyaki ada kaitan dengan kes berkenaan.
“Hasil soal siasat terhadap suspek, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun yang juga pekerja spa berkenaan, kira-kira jam 11 malam tadi di Kota Marudu. Dia disyaki suspek utama dalam kes ini,” katanya.


Tambahnya, siasatan awal mendapati gadis itu dipercayai dibunuh selepas dikatakan menolak lamaran suspek utama.
Norfazlina Abantas yang merupakan pekerja spa, ditemui mati oleh oleh majikannya dalam keadaan terbaring dengan darah keluar daripada mulut di spa berkenaan, kira-kira pukul 11.30 pagi, kelmarin
Terdahulu, polis mengklasifikasikan kes kematian Norfazlina Abantas  sebagai mati mengejut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib