Thursday, 27 October 2016

Rozi Mamat mahu Irfan Bakti pilih pemain tanpa campur tangan pihak lain

Rozi Mamat dan Irfan Bakti
Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato Rozi Mamat memberi amaran kepada mana- mana pihak agar tidak campur tangan dalam urusan pemilihan pemain Terengganu sebaliknyamenyerahkan sepenuhnya kepada jurulatih Irfan Bakti untuk menentukan barisan pemain pada musim depan.
Beliau memberi kepercayaan dan tanggungjawab seratus peratus kepada ketua jurulatih dalam mencari pemain terbaik untuk pasukan Peteh supaya mampu memberi saingan kepada pasukan lain.
Menurut Rozi pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya akan menumpukan hal yang berkaitan pengurusan dan kebajikan para pemain.
Sementara itu, Irfan Bakti akan memulakan tugas sebagai jurulatih Skuad Penyu pada Disemberdepan dengan panel penolong jurulatih pilihannya dan memilih senarai pemain tempatan serta import bagi memperkuat menghadapi musim Liga Malaysia 2017.
Pemilihan Irfan sebagai ketua jurulatih menamatkan teka teki siapa yang akan membimbing pasukan Hitam Putih sekaligus melegakan para penyokong Gerila Timur yang mengharapkan Terengganu kembali bangkit tahun depan.


Irfan Bakti ketika bertemu MB Razif minggu lepas.
Irfan Bakti ketika bertemu MB Razif minggu lepas.

Walaupun akan beraksi di Liga Perdana 2017,  Irfan menganggap ia sebagai cabaran baharu dalam kariernya dan meletakkan sasaran membawa Terengganu kembali ke Liga Super pada tahun 2018.
Bekas pengendali Terengganu musim 2010 sehingga 2011 itu mengadakan perundingan awaldengan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Pemangku Presiden PBSNT minggu lalu dan telah menunjukkan reaksi positif daripada kedua-dua pihak. – Terengganu Times
Berita sebelum ini:

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib