Tuesday, 18 October 2016

'MB Razif pelawa saya jadi Jurulatih Terengganu' - Irfan Bakti

Irfan Bakti disambut penyokong setia Terengganu di airport Sultan Mahmud. 


Spekulasi yang bertiup kencang dalam media sosial Terengganu yang melaporkan Irfan Bakti akan kembali dilantik sebagai  ketua jurulatih pasukan Terengganu akhirnya menjadi kenyataan selepas beliau tiba kira-kira jam 9 malam di Lapangan Terbang Sultan Mahmud malam ini.

Menurut sumber, bekas jurulatih Terengganu musim 2010 hingga 2011 bersetuju menerima tawaran selepas ditelefon sendiri oleh YAB Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman dan Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Dato Rozi Mamat pada malam separuh akhir Piala Malaysia antara T-Team melawan Selangor Sabtu lalu.

Dalam perbualan telefon itu, MB mempelawa Irfan untuk mengemudi Skuad Penyu dengan diberi kebebasan untuk memilih senarai pilihan pemain tanpa ada campur tangan daripada pengurusan seperti yang berlaku sebelum ini.

Setakat berita ini ditulis, hanya pemain import Issey Nakajima Farran yang akan dikekalkan musim depan manakala pemain lain masih menjadi rahsia.

Namun belum diketahui berapa tahun kontrak yang ditawarkan dan jumlah bayaran akan diterima oleh beliau.

Sebahagian besar Penyokong menyokong penuh hasrat MB yang mahu membuat transformasi ke atas pasukan Peteh termasuk melakukan rombakan besar-besaran dalam aspek pengurusan dan pemain.

Nama Irfan Bakti sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat bola sepak di negeri ini selepas mempunyai rekod cemerlang sepanjang menjadi pengendali pasukan Terengganu dan telah meraih kejuaraan Piala FA pada tahun 2011dan muncul naib juara Piala Malaysia serta tempat kedua di Liga Super pada tahun yang sama. - Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib