Sunday, 18 September 2016

T-Team masuk semi final, kalahkan Felda United

Pasukan berstatus kelab, T-Team mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas berjaya mengejutkan pasukan pilihan Felda United 1-0 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Tun Abdul Razak di Jengka sebentar tadi.
Kemenangan ini membawa agreget 2-1 hasil jaringan Dilshod yang menceriakan 5000 penyokong Titans yang hadir di gelanggang lawan.
10 minit pertama banyak dikuasai oleh tuan rumah yang agresif melancarkan serangan bertali arus ke kawasan T-Team.
Forkey Doe mendapat 2 peluang untuk meraih gol namun benteng pertahanan pelawat kental bertahan dengan baik.
Titans kerap membuat serangan balas melalui Makan Konate tetapi cubaan beliau tidak menuju tepat ke sasaran.
Bersambung babak kedua jelas memperlihatkan kebangkitan Skuad Titans yang merangka strategi lebih ampuh menentang pasukan tuan rumah.
Jaringan yang diimpikan pelawat akhirnya menjelma apabila pemain import tengah Dilshod berjaya memecah kebuntuan apabila melakukan tandukan kencang pada Minit 79 menewaskan penjaga gol Felda hasil sepakan sudut Mohd Nor Hakim.
Gol berkenaan memberi semangat kepada anak didik Rahmad Dermawan yang kental bertahan sehingga tiupan wisel penamat.
Dengan kemenangan ini T-Team akan bertemu Selangor di Separuh Akhir Piala Malaysia 2016 dan ia juga mengulangi pencapaian terbaik mereka pada tahun 2011. – Terengganu Times
Pengadil Mohd Amirul Izwan Yaacob

fb_img_1474156027922
Makan Konate cuba melepasi pemain tuan rumah. – Gambar Gawang
fb_img_1474155817387fb_img_1474156082493

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib