Monday, 5 September 2016

Selepas Sabasun, Mesin ATM Dungun pulak jadi mangsa! (4 Gambar)


Selepas semalam mesin ATM di Sabasun Gong Badak diletupkan, hari ini mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Kuala Dungun pula jadi sasaran perompak.
 Menurut saksi, kejadian jam 5:30 itu berlaku di RHB Bank Kuala Dungun bersebelahan kedai Dona Trading dan dipercayai seramai 2 orang suspek terlibat dalam kejadian ini.
Mereka berpakaian menutup muka menggunakan sejenis kuku kambing untuk membuka lapisan pertama peti besi ATM dan kemudian menggunakan bom bersumbu untuk memecahkan lapisan kedua sebelum melarikan mesin ATM.
Kes berlaku dalam tempoh seminit sahaja.
Suspek cuba memecahkan sebuah lagi mesin ATM jugan dengan kuku kambing namun cubaan itu gagal .

Menurut laporan jumlah kerugian setakat ini berjumlah RM320,000 dan masih dalam sisatan pihak berkuasa.
Beberapa keping gambar yang dikongsikan menunjukkan pintu bilik mesin ATM pecah dan kelihatan kaca bertaburan di luar premis bank.
Kejadian itu berlaku kurang daripada 24 jam selepas rompakan dan samun di dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti besi Pasaraya Sabasun di Gong Badak yang mengakibatkan kerugian RM1.14 juta yang dilarikan suspek warga asing yang bersenjatakan pistol dan parang jam 6:30 pagi. Berita penuh menyusul. – Terengganu Times




0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib