Wednesday, 21 September 2016

‘Hanya Ada RM8K Masa Nikah Mizz Nina’ – Kisah Noh Viral

TIDAK keterlaluan kami katakan, pasangan selebriti Noh Hujan dan Mizz Nana selayaknya dinobat ‘relationship goals’.

Daripada zaman percintaan mereka hinggalah sudah berkahwin, dan paling mengejutkan adalah penghijrahan mereka ke jalan Allah khususnya Mizz Nina.
Iyelah. Mana mungkin, satu Malaysia lupa gaya lincahnya persis bintang Hollywood di atas pentas dan penampilannya yang agak seksi.
'Hanya Ada RM8K Masa Nikah Mizz Nina' - Kisah Noh Viral

Tapi itu Mizz Nina dulu. Dia kini bukan sahaja manis bertudung litup tetapi juga sanggup tinggalkan dunia nyanyian untuk berubah menjadi seorang Muslimah sejati. Benarlah ungkapan bahawa hidayah itu rahsia milik Allah SWT.
Antara individu yang sering menyokong Mizz Nina siapa lagi kalau bukan suaminya, Noh Hujan.
Baru-baru ini, seorang netizen ada berkongsi ucapan Noh dalam satu slot motivasi.
Dek kerana ‘kemanisan’ ayat Noh terhadap Mizz Nina, ramai netizen berasa tersentuh hingga menjadi viral menerusi laman sosial.
'Hanya Ada RM8K Masa Nikah Mizz Nina' - Kisah Noh Viral
Ini kisahnya:

Saya tak berpeluang belajar di IPTA.. tamat SPM, saya memilih untuk cebur bidang nyanyian.. rezeki ikut musim… ada permintaan, ada duit… ada hari, hanya makan nasik lemak pagi… tengah hari dan malam ‘berpuasa’… pernah pinangan ditolak… sebab takda duit… kemudian niat dalam hati.
“Ya Allah aku tak kutip harta yang haram, aku nyanyi sekadar untuk cari rezeki halal, aku tidak buat benda-buat haram, mudahkanlah urusan aku,”…kemudian Allah buka pintu rezeki… masih merangkak.
Kemudian saya berjumpak Mizz Nina, saya pinang dia… Alhamdulillah dia tak tolak padahal dia orang hebat, anak orang hebat… dalam poket hanya ada 8 ribu genap. Saya ulang, 8 ribu genap sahaja dalam akaun untuk menikah… saya katakan pada Nina, “girl, if u want to marry me, I’m a nothing… I have nothing… I could not promise wealth, but if you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, Insha’Allah I’m able to do it.”
Dan Nina terima… sekarang Alhamdulillah, dari niat yang baik, dan niat Nina yang baik, menikah dengan saya hanya untuk kenal Allah, Nina berubah… berhijab, sudah tidak make up, bajunya semua besar-besar, dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian…
Semuanya, LILLAHITA’ALAA.. so ladies, if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him, he guides you to practise islam, do not let him go, marry him. – Noh Hujan
– MYNEWSHUB. 



0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib