Monday, 29 August 2016

T-Team ikat Felda di SSINS, penyokong kecam pengadil teruk

Pasukan T-Team beraksi cemerlang selepas berjaya mengikat pasukan Felda United 1-1 dalam perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu.
Beraksi di hadapan 7000 penonton, Titans bermula baik dengan melancarkan serangan bertubi-tubi dan berjaya memperoleh gol seawal minit ketiga melalui pemain muda Safawi Rashid.
Asakan diteruskan ke kawasan pelawat tetapi buntu untuk menambah jaringan ditambah dengankesukaran beraksi dalam keadaan padang becak selepas hujan turun seketika.
Namun anak didik Haji Irfan Bakti bingkas membuat serangan balas ke kubu pasukan tuan rumah dan akhirnya dapat menyamakan kedudukan selepas Francis Forkey Doe minit ke-52.
Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang dan mempamerkan pemainan menarik yang menghiburkan penonton.
Tamat perlawanan dengan keputusan kekal seri 1-1 dan agak terkilan dengan dua gol tuan rumah dibatalkan pengadil malam tadi.
Selepas ini perlawanan suku akhir kedua Felda United dan T-Team akan diadakan di Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang pada 17 September depan.
Sementara itu para penyokong T-Team menyuarakan kekesalan dengan mutu pengadilan yang agak teruk dan berat sebelah dengan beberapa keputusan yang tidak masuk akal dibuat.
Mereka jelas kecewa dengan tindakan pengadil Khairul Azuan Kidam dan penjaga garisan yang tidak membenarkan jaringan pemain import T-Team Dilshod yang dikatakan belum melepasi garisan gold dan satu lagi oleh Maiga.
Sepatutnya FAM memberi penekanan dalam aspek pengadilan terutamanya melibatkan perlawanan berprofil tinggi seperti suku akhir ini yang juga perlawanan penting kepada pasukan yang bertanding.
Walau bagaimanapun pujian harus diberikan kepada pemain T-Team yang bermain habis-habisan dan penghargaan kepada penyokong setia Tibang T-Team Tibang yang tidak berganjak daripada tempat duduk sehingga sanggup basah dalam hujan. Terima kasih diucapkan! – Terengganu Times
Kapten T-Team Hasbulah Awang Bergambar bersama Kapten Felda Shukur Adan dan pengadil perlawanan. -Gambar FB T-Team






0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib