Tuesday, 9 August 2016

Sadis! Remaja Lelaki Didera Ibu, Bapa Tiri di Marang






Roslee melihat keadaan mangsa di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu hari ini.

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menjadi mangsa dera oleh ibu dan bapa tiri dalam kejadian kejam di Kampung Wakaf Dua Marang.
Menurut laporan akbar sebelum ini, remaja berkenaan telah didera sejak enam tahun lalu dan kes itu terbongkar selepas beliau mendapat rawatan di klinik Chendering, Kuala Terengganu sebelum dirujuk kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selepas mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk.
Mangsa mengalami di kaki dan anggota badan.

Laporan polis sudah dibuat oleh pihak hospital.
Penderitaan mangsa mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, YB Roslee Daud yang datang melawat remaja tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu hari ini.
Bagi Roslee, keutamaan sekarang adalah memastikan mangsa mendapat rawatan secukupnya untuk pulih daripada trauma yang dialaminya.
‘Kita ingin pastikan hospital menjaga anak ini supaya kita dapat pulihkan dalam keadaan normal sebab kita difahamkan beliau dalam keadaan trauma jadi perlu penjagaan yang cukup rapi’.
‘Kita harap pihak hospital dapat memastikan anak ini dijaga dengan sebaiknya’.
‘Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri (JKM) untuk memastikan mangsa diberi perhatian yang serius dan dijaga di bawah JKM untuk sementara’.
‘Kerajaan negeri memberi perhatian serius dalam kes penderaan ini dan ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu diambil oleh ibu bapa’.
Roslee menambah kerajaan negeri akan membantu mangsa termasuk melalui Tabung Kronik bagi memastikan mangsa kembali pulih sedia kala.
Remaja yang masih dalam keadaan teruk dan kritikal itu akan dijaga oleh pihak hospital dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan akan terus dipantau dari masa ke semasa.
Mangsa merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik mengalami kecederaan di seluruh badan turut mengidap penyakit buah pinggang dan jangkitan kuman telah dimasukkan ke HSNZ petang semalam.
Polis telah memberkas suspek yang juga ibu dan ayah tiri mangsa berusia 35 dan 46 tahun pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 –Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib