Tuesday, 23 August 2016

MB RAZIF dengar luahan hati Pocket Rocket Man

Azizulhasni bersalaman dengan Ahmad Razif.
YAB Menteri Besar Haji Ahmad Razif Abd Rahman hari ini bertemu dengan pemenang pingat gangsa acara Keirin Sukan Olimpik Azizulhasni Awang dalam satu pertemuan mesra di Kuala Lumpur.
Beliau turut mendengar sendiri luahan hati Jijoe mengenai isu viral yang berlaku dalam media sosial pada minggu lalu.
Dalam pertemuan ini juga kedua-duanya berbincang dari hati ke hati bagi menyelesaikan perkara yang disifatkan sebagai salah faham.



Perjumpaan selama hampir 1 jam itu diadakan dalam suasana santai dan muhibah.
Dalam akhbar baru-baru ini Azizul juga turut mengakui Ahmad Razif adalah seorang menteri besar yang prihatin terhadap isu rakyat dan mungkin berlaku salah faham atau beliau terlepas pandang mengenai permohonannya untuk meminta sebuah basikal roadbike itu.
Kerajaan negeri juga ada mengumumkan akan meletakkan nama Azizulhasni di galeri Muzium Negeri sebagai penghargaan atlet Terengganu pertama meraih pingat dan mencipta rekod terbaik di temasya paling berprestij di dunia itu.
Ayah kepada Azizulhasni juga meminta anaknya menyelesaikan secara baik dengan situasi menang-menang antara kedua-dua pihak. - Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib