Thursday, 11 August 2016

MB Presiden PBSNT, Mat Nizam letak jawatan serta merta!

Ahmad Razif bersalam dengan Wan Ahmad Nizam selepas selesai Majlis Perjumpaan Khas PBSNT di Gong Badak hari ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Hamid mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Presiden serta merta di atas kemerosotan prestasi pasukan Terengganu tahun ini.
Jawatan Presiden akan diambil alih oleh Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman sementara menunggu Mesyuarat Agung Tahunan persatuan yang dijadual berlangsung tahun depan.
Walau bagaimanapun keputusan berkenaan hanya jawatan presiden dan tidak melibatkan ahli jawatankuasa yang lain.
Keputusan ini merupakan tindakan drastik lebih awal daripada jangkaan selepas Wan Ahmad Nizam mengumumkan akan meletak jawatan sekiranya Terengganu gagal mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.
Bagi Ahmad Razif, beliau mengucapkan terima kasih kepada Wan Nizam sepanjang beliau memegang jawatan presiden sebelum ini dan berharap Terengganu kembali bangkit selepas ini.
‘Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato Wan Ahmad Nizam Presiden yang berjiwa besar.
Beliau meletakkan kepentingan pasukan bola sepak sebagai keutamaan’.
‘Dalam soal yang berlaku ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa’.
‘Bukan Terengganu sahaja mengalami pemasalahan ini (kekalahan)’.
‘Kita perlu mencari bagaimana untuk kita nak selesaikan masalah-masalah ini’.
‘Kita ada 5 perlawanan lagi ada 2 perlawanan di tempat sendiri dan 3 perlawanan di tempat lawan.
Semua ahli jawatankuasa mengharapkan perubahan dan pemulihan berlaku dalam 5 perlawanan ini’.
‘Saya bersetuju untuk memangku seketika dan yang utana memastikan pemangkuan saya ini mengikut peraturan dan persatuan akan menguruskan kemudian’.
‘Keutamaan kita adalah melihat 5 perlawanan yang akan datang ini’.

Beliau berkata demikian selepas perjumpaan khas bersama pengurusan PBSNT di sebuah hotel di Gong Badak hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Dato Rozi Mamat.

Beliau berharap para penyokong terus memberi sokongan dan semangat kepada pasukan Terengganu dengan harapan dengan kerjasama semua pihak mampu membantu Skuad Penyu mendapat kejayaan.  – Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib