Sunday, 14 August 2016

4 Warung Ikan Celup Tepung Paling Best di Terengganu

Ikan Celup Tepung (ICT) Terbaik di Terengganu.
Kalau datang bercuti ke Terengganu, tak sah kalau tak cuba ikan atau sotong celup tepung. Ada beberapa warung ICT tersohor yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong luar seperti Warung Pok Nong di Mengabang Telipot dan beberapa restoran di Seberang Takir.

Warung Ikan Celup Tepung Paling Best di Terengganu

Ada beberapa kedai Ikan Celup Tepung di Kuala Terengganu yang popular dan sedap yang sangat dicadangkan untuk anda singgah di area perkampungan nelayan Mengabang Telipot dan juga di Seberang Takir.
1-> Warung Pok Nong
Boleh dikatakan sebagai kedai Ikan Celup Tepung yang paling popular di Kuala Terengganu yang terletak di Mengabang Telipot. Dari Bandar utama KT ke sini mengambil masa kira-kira 30-40 minit. Warung Poknong ini terletak di tepi pantai dan di sini terdapat beberapa warung Ikan Celup Tepung yang lain yang tidak kurang menariknya.
Seperti biasa di mana-mana kedai ICT di Terengganu, kebanyakan menu makanan utama yang menjadi tarikan ialah sotong celup tepung, ikan celup tepung, udang celup tepung dan pari celup tepung.
Di Warung Pok Nong ini, menu kegemaran pengunjung ialah ‘Sotong Gunting’nya, panggilan kepada Sotong Celup Tepungnya yang besar-besar. Sotong goreng ini perlu digunting terutamanya ketika masih panas kepada potongan yang lebih kecil untuk memudahkan kita makan.

Selain aneka makanana laut celup tepung yang ada di sini, anda juga boleh mencuba lauk atau santapan santai orang Terengganu yang lain seperti Ketupat Sotong, Keropok Lekor, Pulut Durian dan juga Pulut Mangga.
Untuk minuman pula, orang Terengganu sangat menggemari ‘Jagung Parut’ atau hidangan ais hancur yang diletakkan dengan manisan jagung.
Senang cerita rupanya seperti ABC yang hanya berperisa jagung. Walaupun jagung parut ini simple je, tetapi itulah minuman santai kegemaran orang Terengganu selain daripada air kelapa muda.
2->Warung Adik Beradik (Sri Kolam)

Warung Pok Nong memang super ramai kalau waktu cuti dan hujung minggu. 
Memang berderet dan jenuh nak menunggu meja dan juga nak beratur ambil makanan. 
Sekiranya malas nak beratur panjang, tidak jauh dari Warung Pok Nong ini yang hanya 50 -100 meter ke depan, terletak satu lagi tempat makan petang yang tidak kurang menariknya iaitu Warung Adik Beradik (Sri Kolam) yang betul-betul mengadap pantai. 
Di sini juga menyediakan ikan celup tepung seperti juga di Warung Pok Nong tetapi lain resepi tepungnya dan sosnya. 
Di Warung Adik Beradik (Sri Kolam) ini, menu makanan yang dicadangkan untuk anda cuba ialah pari celup tepung atau ikan kembung celup tepung. 
Kalau anda cuba ikan pari celup tepung, pastikan ambil sosnya di dalam botol yang agak kurang pekat dan rasanya lebih sedikit masam. Baru ada ‘kick’. 
Botol sos yang warna merah pekat pula kebiasaanya dimakan dengan keropok lekor ataunpun sotong celup tepung. 
Yang bestnya di sini, kedai dia lebih lapang dan luas serta betul-betul mengadap dengan laut. Nak parking kereta pun senang. 
Memang layan pekena pari celup tepung dikombokan pula dengan air kelapa atau jagung parut di tepi pantai. Memang terbaik!
3-> Firdausy Seafood Corner 
Satu lagi destinasi untuk makan ikan celup tepung Terengganu ialah di Firdausy Seafood Corner yang terletak betul-betul di sebelah Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Di sini juga tidak kurang hebatnya dengan aneka pilihan makanan laut celup tepung dan anak-anak kecil mesti teruja kalau dapat makan sambil tengok kapal terbang mendarat. Nak ke sini pun tak susah dari Kuala Terengganu dan hanya terletak 1 km sahaja dari Pantai Rekreasi Teluk Ketapang.
Seperti di kebanyakan kedai celup tepung yang lain di Terengganu, menu ikan, udang, ketam dan pari merupakan hidangan utama di sini.

Menu istimewa, Bayam Celup Tepung.
Dan yang menariknya, di sini terdapat bayam celup tepung. Dan rasanya pun memang sedap dan crispy kalau dimakan panas-panas.
Sesuailah untuk mereka yang alergik dengan makanan laut ataupun seafood.

4-> ICT Haji Pok Long Seafood

Satu lagi destinasi ICT yang sangat popular kalau sebut je pasal Ikan Celup Tepung Terengganu ialah di Pantai Teluk Ketapang atau juga disebut Seberang Takir. 

Di sepanjang pantai ini ada dalam 4-5 warung yang bersebelahan yang menyediakan makanan sebegini rupa dan hanya resepi masing-masing yang membezakan keenakan ikan celup tepungnya. 

Dan antara yang ada di sini, ICT Haji Pok Long Seafood merupakan yang sering menjadi pilihan pengunjung. Saban hujung minggu mesti penuh je orang di sini.




0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib