Sunday, 17 July 2016

Terkini! Presiden PBSNT Bakal Letak Jawatan, Jurulatih Mike Mulvey direhatkan

Mesyuarat tergempar PBSNT hari ini.
Mesyuarat tergempar PBSNT hari ini.
Jurulatih pasukan Liga Super Terengganu, Mike Mulvey direhatkan daripada tugas sebagai ketua jurulatih ekoran prestasi teruk Terengganu termasuk dibelasah 6-1 oleh pasukan jiran Kelantan Jumaat lalu.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Hamid berkata, keputusan berkenaan dicapai selepas Mesyuarat Tergempar PBSNT yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat.
‘PBSNT akan rehatkan jurulatih (Mike Mulvey) berkuatkuasa hari ini’.
‘(Pengganti) Ada beberapa nama akan diperincikan dalam masa terdekat’.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Wisma Darul Iman hari ini. Hadir sama Timabalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri YB Mahdi Musa dan ahli jawatankuasa (AJK) PBSNT
Menurut beliau perubahan ini hanya melibatkan jurulatih dan tidak melibatkan sebarang pemain atau pegawai pasukan lain.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat memaklumkan Wan Ahmad Nizam bersetuju letak jawatan sekiranya pasukan Terengganu gagal mara ke suku akhir Piala Malaysia.
‘Dato’ Mat Nizam telah bersetuju untuk meletak jawatan berpandukan kaedah dan peraturan pengurusan PBSNT’.
‘Berhubung perkara ini saya serah kepada (Jawatankuasa )PBSNT untuk tentukan’.
‘Saya rasa beliau telah mengambil langkah yang berani, professional dan bertangungjawab apa yang berlaku kepada pasukan negeri Terengganu’.
Beliau mengakui kerajaan negeri kecewa dan tidak berpuas hati dengan keputusan yang diraih pasukan Terengganu dalam Liga Super dan Piala Malaysia dan mahu PBSNT memikul tanggungjawab serta melakukan perubahan drastikan dilakukan dengan segera.
Bagi Wan Ahmad Nizam, beliau memberitahu beliau bersetuju untuk meletak jawatan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (AGM).
‘Saya akan letak jawatan jika Terengganu tidak boleh pergi suku akhir, pada ketika itu (jawatan presiden) saya akan gugur secara automatik’.
‘Walau macam mana pun saya akan usahakan dulu secara teknikal sebab perubahan presiden dan jawatankuasa mesti dibuat dalam AGM dan insyaallah akan dibuat secepat mungkin mengikut perundangan’ katanya. –Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib