Wednesday, 13 July 2016

Terengganu tewas di Melaka, T-Team ikat JDT II

Pemain pertahanan Terengganu Hasmizan cuba menghalang percubaan pemain Melaka United malam tadi. Terengganu tewas 1-2. -Dunia Sukan Online
MELAKA – Melaka United memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi.
Beraksi di hadapan kira-kira 20,000 penonton, kedua-dua pasukan memperlihatkan permainan seimbang dan cuba mengatur serangan menembusi benteng lawan masing-masing.
Sang Kancil yang dibarisi ramai muka baharu dilihat lebih banyak bertahan menangkis serangan bertali arus daripada pasukan Terengganu yang mempunyai kelebihan fizikal selain pemain berpengalaman.
Kedua pasukan bagaimanapun terikat tanpa sebarang jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, permainan semakin rancak dengan menyaksikan perubahan corak permainan pantas kedua-dua pasukan untuk mencipta jaringan.
Kapten pasukan, Ilija Spasojevic menghadiahkan gol pertama buat tuan rumah pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti selepas Yashir Pinto dijatuhkan di hadapan gawang.
Anak buah Mat Zan Mat Aris terus mengegar pasukan pelawat apabila menambah gol empat minit kemudian menerusi jaringan R.Surendran.
Terengganu bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong apabila penyerang importnya, Bogdan Milic menghadiahkan gol untuk pasukan itu pada minit ke-67.
Keputusan kekal 2-1 sehingga tamat perlawanan dengan lima minit masa tambahan diberikan.- Kosmo

Pemain import TTeam Dilshod Sharifudinov meraikan gol pembukaan pasukan TTeam pada minit m6″ dalam perlawanan saingan Piala Malaysia menentang pasukan JDT 2 malam tadi di Kuala Terengganu. Keputusan perlawanan TTeam FC (2) – (2) JDT 2. -Gawang
Pemain TTeam Norhakim Hassan berjaya meledak gol kedua pasukan TTeam pada minit 16″ selepas berjaya menewaskan penjaga gol JDT 2. Pasukan TTeam gagal membawa pulang mata penuh selepas berjaya diikat oleh pasukan JDT 2 dengan jaringan (2)-(2). Kedua dua gol JDT dijaringkan pada separuh masa kedua. Foto : Mohd Saufee / www.gawang.my
Sementara itu, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, JDT II kembali bangkit selepas ketinggalan dua gol apabila berjaya mengikat T-Team seri 2-2 dalam aksi Kumpulan A.
T-Team mendahului dengan dua gol menerusi jaringan Dilshod Sharofetdinov pada minit kelima dan Mohd Nor Hakim Hassan minit ke-16.
JDT II kembali bangkit di babak kedua apabila Zaquan Adha Abdul Razak dan Paulo Rangel masing-masing meledak satu gol minit ke-46 dan 50.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib