Tuesday, 12 July 2016

Terengganu sasar 53 pingat emas, azam rampas juara keseluruhan Sukma

Terengganu sasar 53 pingat emas dalam Sukma di Sarawak bulan ini.
Terengganu sasar 53 pingat emas dalam Sukma di Sarawak bulan ini.
Kontinjen Terengganu mensasarkan kutipan 53 pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) dan berhasrat menjadi juara keseluruhan yang akan berlangsung pada 22 hingga 31 Julai di Sarawak.
Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sasaran berkenaan adalah realistik kerana pasukan Terengganu pernah mencapai 62 pingat emas dalam edisi Sukma sebelum ini dan mahu mengulangi pencapaian itu.
‘Insyaallah (menjadi juara) kita pernah mencipta 62 pingat emas dan tidak mustahil kita menjadi juara dengan melihat keyakinan daripada pengurus-pengurus sukan apabila mereka membuat KPI masing-masing’.
‘Saya yakin kita mendapat lebih dari sasaran tersebut’ katanya.
Sementara itu, Ahmad Razif turut mengumumkan kerajaan mengekalkan insentif pemenang pingat yang diberikan kepada atlet seperti sebelum ini dengan tambahan RM1000 kepada pemegang pingat emas jika berjaya menjadi juara keseluruhan Sukma.
‘Kerajaan akan bagi insentif pingat emas kita bagi RM5000, Perak RM3000 dan gangsa RM2000 tetapi sekiranya Terengganu jadi juara (keseluruhan) yang pemenang pingat emas akan diberi ditambah RM1000’.
‘(Bermakna) kalau kita juara yang (pingat) emas itu jadi RM6000 dengan syarat kita jadi juara keseluruhan’ tambahnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita Terengganu Times selepas Majlis Meraikan TSG & Team Hoki serta Penyerahan Bendera SUKMA di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) malam ini.
2016-07-11_23.04.142016-07-11_23.07.342016-07-11_23.06.042016-07-11_23.02.16Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Negeri Dato’ Rozi Mamat, Ketua Kontinjen Sukma Negeri Terengganu Dato Mohd Noor Ibrahim yang juga Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Timbalannya Haji Samiun Salleh merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dan Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Wan Nawawi Haji Wan Ismail.
Dalam Sukma kali ini, kontinjen Terengganu menghantar penyertaan seramai 513 atlet dan pegawai yang menyertai 24 jenis sukan dengan sasaran keseluruhan 53 pingat emas, 36 perak dan 48 gangsa di samping mahu menjadi juara keseluruhan Sukma Sarawak 2016. – Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib