Monday, 25 July 2016

Tak Cukup Dipukul Semasa Hamil, Wanita Ini Dipisahkan Daripada Anak & Diugut Gantung Tak Bertali. Kejam!

ayu aziz
Semua orang di dunia ini mengimpikan kehidupan rumahtangga yang bahagia sehingga ke akhir hayat. Namun, siapalah kita untuk melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Setiap ujian haruslah dihadapi dengan cekal dan sabar.
Luahan hati yang dikongsi wanita ini tentang keperitan kehidupan berumahtangganya buat kami takut nak kahwin. Mana taknya, selama 9 bulan mengandung beliau dipukul dan didera mental semasa di dalam pantang. Tak cukup dengan itu, anak dipisahkan dari ibu dan hanya dibenarkan berjumpa sejam dua. Kejamnya! :(

Selama 9 bulan dipukul, merayu menangis mengemis anak sendiri minta duduk bersama

Assalamualaikum semua! Saya tahu tentang status saya semalam dah ramai yang salah sangka. Memang ada yang memihak ke pihak sana dan memihak di pihak saya. Saya mengaku untuk apa yang saya update semalam secara tak sengaja aibkan keluarga sana.. Tapi, itu yang dia cabar saya.
Keep on berkata “Mereka tak tahu apa apa boleh lah cakap” “Isteri tinggalkan aku sebagai suami & anak tak pedulikan kami” “Dia suka buka aib sendiri” “Dia perangai buruk” Teruskan..
Kan saya dah kata.. Saya bukan siapa siapa. Saya hanya Ayu. Sejujurnya, ini yang jadi.
Saya beri tempoh selama sebulan untuk bercerai cara baik. Bersabar selama sebulan untuk tak tidur bersama Fatteh. Kuat semangat untuk hanya JUMPA Fatteh dalam 1-2 jam. Merayu menangis mengemis anak sendiri minta duduk bersama. Masih cuba sabar bila Fatteh disusukan orang lain. Masih cekal difitnah antara sedara mara katakan saya ni isteri tak guna, tak sedar diri, ada lelaki lain. Dan end up, “Aku akan pastikan dia takkan ceraikan kau biar kau gantung tak bertali sampai tua”.
Dan saya masih bersabar?
Kalaulah semua tahu kat mana tahap kesabaran saya. Selama 9 bulan dipukul. Didalam pantang pula diberi tekanan mental oleh sekumpulan tanpa ada mak bapak adik beradik, hanya Fatteh semangat saya waktu tu. Dan Fatteh dipisahkan dengan saya SEHARI SUNTUK sehari sebelum saya larikan diri. Kalaulah semua tahu apa saya rasa, on your first day kena, I’m sure, more than what I’ve done today you will do.
“Saya dah berubah” “Saya dah baik” “Saya beri nafkah blablabla” “Saya kemaskan rumah”
Ye. Awak buat. Selepas saya minta cerai. Dan selepas saya dah taknak apa apa. That’s the point.

Minta cerai secara baik tapi diperlekehkan, ‘Aku suami, kau siapa?’

Mereka sendiri kata saya ni bodoh, perempuan gila, babi, sial, dan awak? Berdiri. Tak bersuara. ?
Dan minta saya bersabar? Dan diam? Dah. Dah buat dah..
Nak saya reveal lagi?
Awak bersumpah demi Allah depan counselor tak pernah pukul saya. Itu. Itu benda yang paling saya ingat dan takkan lupa sampai mati. Tak akan.
Dan saya layak bersabar lagi? Allah. Saya ni manusia bukan malaikat. Kalaulah saya malaikat..
“Tengok. Mana isteri aku? Tengok anak aku. Mana mak dia? Tinggalkan dia”
Pembetulan. Tak tinggalkan. Saya larikan diri untuk selamatkan diri dari jadi gila duduk dengan awak dan ditekan tekan mereka. Saya masih dalam pantang waktu tu. Dan apa yang awak semua buat kat saya?
Dan saya minta cerai cara baik. Awak ketawakan saya.. Awak perlekehkan saya.. “Aku suami, kau siapa? Kuasa kat tangan aku” Mereka perlekehkan saya “Aku ada kuasa. Nama aku besar. Aku ada duit. Dia tu siapa je?”
Saya bukan sesiapa. Saya hanya Ayu. Ayu. Ayu yang nakkan anak dia. Fatteh.

Awak langsung tak berdiri untuk saya, awak biarkan mereka

Mungkin awak akan cerita awak pukul saya sebab saya tak kemas rumah. Saya tak kisah. Sebab waktu tu saya mengandung. Dan saya mabuk teruk. Sedangkan esok nak beranak, malam tu masih muntah. Awak sendiri nampak..
Tapi awak takde perikemanusiaan pun. Saya muntah, saya tak larat nak kemas rumah, awak cuma cakap “Apasal rumah bersepah ni?” Sedangkan awak pinggan 1 biji pun tak basuh. Yang awak makan sendiri tu. Apa lagi buruk saya?
Tak cukup ke saya ambil hati family awak selama ni? Saya takkan ungkit kebaikan saya buat. Biarkan awak dengan family jelah yang tahu. Saya takkan ungkit macam awak ungkit..
Saya dah sehabis baik ambil hati awak.. Saya tahu saya pergi kerja cantik cantik. Jadi saya sendiri dengan inisiatif pakai cantik cantik kat rumah untuk tatapan awak.. Saya tahu dalam pantang nampak pucat & lesu. Saya terus pergi salon waktu dalam pantang, potong rambut & colour rambut semua saya niatkan untuk goda awak.. Tapi? Bila orang hamun saya.. Katakan sebab rambut saya ni syaitan yang akan iringi waktu saya mati, awak cuma diam.
Awak langsung tak berdiri untuk saya. Awak biarkan mereka. Seolah olah saya layak diperlakukan sebegitu. Itu dah cukup pedih.
The last thing I hope from you is you’ll stand with me. And this is bullshit.
#FightForFatteh
sumber: Ayu Aziz III

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib