Wednesday, 13 July 2016

Pekerja Wanita KFC Kelantan Diwajibkan Berlengan Panjang

BERMULA tahun depan, semua pekerja wanita di cawangan restoran makanan segera KFC di Kelantan diwajibkan memakai baju seragam berlengan panjang sebagai mematuhi peraturan menutup aurat dan sopan.

Akhbar New Straits Times melaporkan KFC yang mempunyai 20 cawangan termasuk 10 daripadanya di Kota Bharu mula memperkenalkan pakaian seragam baharu itu sejak April lalu selepas rundingan diadakan bersama kerajaan negeri.

“Syarikat kami tiada masalah melaksanakan peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri Kelantan.
“Kami akan memastikan pekerja wanita memakai seragam itu setiap masa,” kata seorang jurucakap KFC seperti dilaporkan akhbar terbabit.
Pekerja Wanita KFC Kelantan Diwajibkan Berlengan Panjang
Dalam laporan yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata seragam baharu itu bertujuan untuk memastikan pekerja wanita Islam menutup aurat mereka, termasuk tidak memakai seluar yang ketat.
Menurut Fattah, pekerja wanita bukan Islam di Kelantan tidak tertakluk kepada peraturan itu, tetapi mereka dinasihatkan berpakaian sopan. – MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib