Thursday, 28 July 2016

Kahwin Bukan Kerana Cinta, Tetapi?…

PERKAHWINAN merupakan perkara yang indah dan akan menjadi detik yang istimewa bagi setiap pasangan. Ada pelbagai alasan untuk mendirikan rumahtangga, salah satunya kerana cinta.

Tetapi, bukan semua orang berkahwin kerana cinta.

Ada yang mengatakan ramai pasangan yang bercerai kerana berkahwin bukan atas dasar cinta dan sering mengalami masalah perselisihan faham akibat tidak memahami antara satu sama lain.
Sebenarnya, apa lagi sebab yang mendorong seseorang itu berkahwin? Kami senaraikan empat sebab utama yang mungkin menjadi penyebab seseorang itu mendirikan rumah tangga.
1- Tekanan keluarga
Salah satu sebab utama seseorang membuat keputusan untuk berkahwin adalah kerana keluarga. Tuntutan dan desakan ibu bapa yang mahu anaknya berkahwin akan menyebabkan pasangan berkahwin secara terpaksa dan bukan cinta.
2- Takut kesepian
Ada individu yang tidak sanggup hidup sendiri tanpa peneman kerana bagi mereka, mempunyai pasangan adalah sangat penting. Mereka akan berkahwin kerana memerlukan pendamping untuk menjalani liku-liku kehidupan.
3- Bertanggungjawab atas tindakan
Ya, ada individu terpaksa berkahwin kerana tindakan yang telah dilakukan. Kahwin bukan kerana cinta, tetapi kerana harus bertanggungjawab atas masalah yang dilakukan. Sebagai contoh, wanita tersebut sudah hamil terlebih dahulu.
4- Tekanan persekitaran dan kehidupan
Dalam bab ini, individu juga berkahwinan kerana kewajiban tuntutan agama, tradisi atau norma sosial. Keadaan persekitaran yang hanya dikelilingi oleh pasangan yang sudah berkahwin mungkin menjadi penyebab untuk seseorang itu membuat keputusan untuk berkahwin. -MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib