Monday, 11 July 2016

‘Apa Salah Aku Allah Hukum Sekejam Ni?’- Beli Baju Raya Sama-Sama, Akhirnya Teman Lelaki Bertunang Dengan Gadis Lain

3
Semalam trending di Twitter seorang gadis meluahkan perasaan kecewa dan sedihnya apabila teman lelakinya secara tiba-tiba bertunang dengan orang lain. Baju raya dah beli sama-sama siap satu color tetapi lain pula yang terjadi. Apa kes ni? Macam mimpi ngeri dah ni.
Baca luahan gadis ni. Aduh, kasihan pula kami baca. Malang betul nasib..

Beli baju raya sama-sama last2..

1
Apa kau rasa?? Genab harini 5tahun6bulan aku dengan dia. Dia boleh tunang dengan orang lain. Pakai baju raya kitorang beli sama sama untuk majlis tunang dia. Tak gaduh tak apa. Elok datang Perlis amik aku. Sambut birthday sama-sama. Naik Genting terus sambut birthday dekat Seoul Garden Kuantan pulak. Beribu habis tapi dengan suka hati tunang dgn orang lain. Hanya sebab mak ayah anak anak merana. Macam novel macam cerita dulu dulu mak ayah carikan jodoh orang kampung.

‘Alangkah bagusnya aku tak kenal dia..’

4
Aku ingat story macam ni dah pupus. Apa salah aku Allah hukum sekejam ni? Baru semalam mak ayah kakak semua plan nak beraya rumah dia dekat Kelantan. Tapi pagi tadi tiba tiba cancel. Rupanya ada hikmah, ada majlis pertunangan dekat sana. Ahlik jenis lurus bendul. Ikut ja apa family dia nak. Janji kahwin je sebab umur dah 27tahun. Boleh kan aku taknak delete apa apa gambar kitorang dalam insta? Biarlah kenangan terindah menjadi kenangan terindah. Since form3 sampai aku masuk U dia jaga aku. Dari ada motor sampai ada kereta. 4tahun kenal baru bawak jumpa family masing2. Alangkah bagusnya kalau aku tak pernah kenal Ahlik.?
Sumber: Twitter

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib