Thursday, 21 July 2016

(8 Gambar) Terengganu malukan Felda United

Jaringan Norshahrul Idlan Talaha menjadi pemisah di antara Terengganu dengan tuan rumah, Felda United menjadikan Sang Penyu sebagai pasukan pertama yang berjaya menewaskan anak-anak buah Irfan Bakti di Stadium Tun Abdul Razak dalam perlawanan kompetitif. -Gambar Terengganu FA
Penyerang sensasi negara, Norsharul Idlan Talaha muncul wira selepas jaringan tunggalnya membantu Terengganu menewaskan Felda United dalam kempen Piala Malaysia Kumpulan D di Stadium Tun Abdul Razak Jengka malam tadi.
Kemenangan ini jelas melonjakkan moral Skuad Penyu yang tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Melaka dan Kelantan sebelum ini.
Jaringan Norshahrul Idlan Talaha di minit ke-49 sudah cukup memberi senyuman manis kepada kesemua pemain kem Pahlawan Penyu dan penyokong yang hadir.
Terengganu yang beraksi di bawah kendalian jurulatih sementara Mustafa Kamal jelas bersungguh-sungguh mempamerkan permainan menarik sejak jurulatih Mike Mulvey direhatkan.
Dengan barisan bintang yang dimiliki pasukan Hitam Putih, para penyokong memang mengharapkan semangat juang seperti ini dikekalkan dalam aksi Piala Malaysia dan Liga Super.
PEMAIN T-Team, Patrick Dos Santos Cruz (kanan) cuba dihalang pemain Kedah, Mohd Rizal Ghazali (kiri) pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini. 
Sementara itu T-Team terus gagal mencatat kemenangan selepas tewas kepada Kedah 0-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
Dalam perlawanan sebelum ini Titas kalah kepada Melaka United di venue yang sama. -Terengganu Times
Kedudukan terkini TM Piala Malaysia Kumpulan D.
PEMAIN Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha (dua dari kanan) diasak pemain FELDA United, Muhammad Shukor Adan (depan) pada aksi perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan untuk Terengganu dengan rembatan ini.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib