Sunday, 19 June 2016

Warna Warni PRK Kuala Kangsar – MB Terengganu Ucap Tahniah Kemenangan BN


Bersama petugas di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Bunga Raya Kuala Kangsar.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar hari ini melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada kepada Calon Barisan Nasional Datin Mastura Mastura Mohd Yazid yang menewaskan calon PAS dan PAN sekaligus mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU13 lalu.

Proses pengundian yang berlangsung secara aman dan ia berbeza dengan kempen provokasi pihak pembangkang pada saat akhir yang berlaku semalam yang menyaksikan penyokong BN cedera dibelasah oleh petugas markas PAS.



Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu Haji Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon BN dengan majoriti yang lebih besar pada PRK kali ini serta berterima kasih kepada para pengundi yang terus memberi sokongan kepada calon UMNO dan Barisan Nasional.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera BN Terengganu yang telah berkerja keras dan memberikan komitment tinggi sepanjang tempoh berkempen di PRK Kuala Kangsar terutama di PDM angkat Terengganu Taman Bunga Raya.

Sementara itu Barisan Nasional juga berjaya mengekalkan kerusi Sungai Besar  menerusi calon Budiman yang juga Adun Sungai Panjang Selangor.

Berikut antara gambar-gambar yang sempat diambil oleh lensa Terengganu Times sepanjang hari pengundian di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Bunga Raya Parlimen Kuala Kangsar. – Terengganu Times









0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib