Saturday, 18 June 2016

Video: Pasangan Melayu Mencuri Di Bulan Puasa

AKSI satu pasangan Melayu yang dipercayai suami isteri, bersekongkol untuk mencuri di sebuah pasar raya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.
Menerusi perkongsian yang dimuat pengguna Facebook Lessandra Latisya, kejadian difahamkan berlaku di pasar raya Tesco, Jelutong kelmarin.
Di permulaan video, pasangan itu pada mulanya dilihat menuju ke premis berkenaan yang ditutup dengan kain berwarna biru.
Kamudian, wanita bertudung itu dilihat tanpa berlengah mencabut ketip penyambung kain dan kemudian berlegar seketika bagi memastikan tiada sesiapa di dalam premis berkenaan.
Dia kemudian memulakan ‘peranannya’ dengan mengambil peluang mengambil seberapa banyak kain yang dicapai lalu dicampakkan ke dalam troli yang dibawa oleh lelaki berkenaan.
Kedua mereka kemudian secara cepat-cepat terus beredar daripada premis berkenaan setelah selesai mendapatkan baju ‘raya’ wanita itu. -MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib