Saturday, 18 June 2016

#PRKKualaKangsar : Penyokong BN cedera Dipukul Dengan Kayu




SATU insiden yang tidak sepatutnya berlaku di bulan Ramadhan ini telah terjadi diantara penyokong PAS dan penyokong Barisan Nasional.

Pergaduhan tersebut telah mengakibatkan seorang pemuda bernama Mohd Faizol Faly mengalami kecederaan di kepala setelah dipukul dengan sebatang kayu.

Insiden tersebut bermula apabila para penyokong BN dari Terengganu sedang membuat lawatan dari rumah ke rumah di Taman Bunga Raya. Semasa mereka sampai di sebuah rumah, mereka telah diganggu oleh pihak penyokong parti PAS.

Setelah berlaku tolak menolak, bapa kepada mangsa telah jatuh.  Mangsa bergegas membantu bapanya  dan berlaku satu pergaduhan di mana mangsa telah dipukul dengan sebatang kayu di bahagian kepala.

Mangsa telah dibawa ke hospital Kuala Kangsar dan mendapatkan rawatan.  Orang yang memukul mangsa dikenalpasti sebagai seorang lelaki Melayu yang bertubuh tinggi.

Semoga keganasan seperti ini tidak berulang lagi dalam keghairahan semua pihak berkempen untuk calon masing-masing.

PRU14.tv

Pas Bertindak Ganas Saat Akhir Kempen

KUALA KANGSAR : Seorang penyokong Barisan Nasional (BN) cedera ketika berkempen bersama-sama jentera BN di Taman Bunga Raya, di sini, petang tadi.

Bapa mangsa, Yaakob Saarih 63, berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.20 petang.

“Sekitar jam 6.20 petang, saya bersama-sama dengan penyokong calon BN dari Terengganu sedang membuat lawatan ziarah rumah ke rumah di Taman Binga Raya di jalan utama.

“Semasa sampai di sebuah rumah, kami telah diganggu oleh pihak penyokong PAS dan berlaku insiden tolak-menolak sehinggakan saya terjatuh,”katanya.

IMG-20160617-WA0001

Jelasnya lagi, ketika beliau terjatuh, anak beliau, Mohd Faizol Faly telah datang dan membantunya.

“Dalam pergaduhan itu, anak saya telah dipukul dengan sebatang kayu di bahagian kepala. Anak saya kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

“Saya cam orang yang memukul anak saya ini,”ujarnya.

*Laporan ini bertulis berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa.


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib