Thursday, 30 June 2016

PM Kunjungi (Walkabout) Bazar Ramadan Batu Enam

IMG-20160629-WA0031Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkesempatan melawat Bazar Ramadan Batu Enam Kuala Nerus petang ini.
Beliau yang diiringi Menteri Besar Haji Ahmad Razif abd Rahman meluangkan masa kira-kira setengah jam dan telah beramah mesra bersama para peniaga serta bertanya khabar pengunjung yang datang ke situ.
‘Konsep bazar Ramadan di sini sangat meriah dan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan penduduk di sini’.
‘Saya berharap orang Terengganu jika balik kampung pandulah dengan cermat dan semoga sinaran syawal memberi keriangan kepada keluarga’ katanya kepada pemberita Terengganu Times.
Beliau berkata demikian selepas melawat Bazar Ramadan Batu Enam petang ini.
IMG-20160629-WA0029
IMG-20160629-WA0027
Najib yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada jam 4 petang untuk lawatan sehari di negeri ini.
Kemudian beliau dijadual akan ke Masjid As-Salam Batu Rakit untuk menyertai majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat setempat di kawasan itu.
Najib akan menunaikan solat Isyak, solat sunat Tarawih serta menyertai moreh, di Masjid Al-Mutaqim, Gemuruh, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 10 malam. -Terengganu Times

IMG-20160629-WA0030

IMG-20160629-WA0028
IMG-20160629-WA0026

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib