Thursday, 23 June 2016

Penerima Dana Raya tercicir boleh buat rayuan

BESUT - Pemohon Dana Raya dan Dana Remaja yang layak tetapi nama mereka tercicir daripada senarai penerima boleh membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri Terengganu bermula hari ini sehingga 30 Jun depan.‎

Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata kerajaan ada menerima banyak rayuan daripada pemohon yang layak dan kini sedang mengambil tindakan segera.

BACA : Dana Raya Mula Diagih 

Katanya, bagi tujuan itu pemohon dikehendaki ke Pusat Khidmat Masyarakat ‎Dun atau ke Pejabat Daerah masing-masing.

"Saya berharap orang ramai yang mungkin namanya tercicir dari senarai dapat bersabar dan pergi kedua-dua tempat berkenaan bagi menentukan kelayakan masing-masing", kata Muhammad Pehimi kepada media selepas membuat pemantauan pengagihan wang dana di Bank Agro Jerteh di sini hari ini.

Katanya, hasil pemantauan setiap daerah didapati proses penukaran baucar yang akan tamat tempoh empat bulan lagi berjalan lancar. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib