Saturday, 18 June 2016

Gambar-Gambar Sekitar Program Turun Padang Ahmad Razif di PRK Kuala Kangsar

Menteri Besar Terengganu Haji Ahmad Razif Abd Rahman hari ini turun padang membantu kempen Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Bunga Raya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.
Beliau yang ditemani isteri Hajah Halina Zakaria sempat menziarahi dan beramah mesra pesakit dan warga emas di kawasan sekitar Taman Bunga Raya.
Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Ngeri Terengganu Dato’ Muhammad Pehimi Yusof merangkap Adun Jertih, Ketua Pemuda Pergerakan UMNO Negeri Terengganu Mohd Johari Abu Bakar dan kontinjen dari Terengganu.
Beliau kemudian bersama-sama masyarakat ke majlis berbuka puasa di Surau kawasan Perumahan Taman Bunga Raya dan menunaikan solat terawih di sana.
4 orang anak lelaki kepada calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid turut datang ke surau Taman Bunga Raya untuk bertemu Ahmad Razif dan kontinjen dari Terengganu.
Beliau berkeyakinan tinggi BN mampu mengekalkan kerusi Kuala Kangsar pada PRK kali ini. – Terengganu Times
Berdoa kepada remaja yang cedera kemalangan segera sembuh.










0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib