Monday, 20 June 2016

Gambar Buka Puasa Di Gereja Cetus Isu, Apa Hukumnya?

buke

GAMBAR sebuah majlis berbuka puasa didakwa dianjurkan sebuah gereja di Kuching, Sarawak kini tersebar di media sosial seterusnya mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menurut page Facebook Sarawak Edition, majlis berbuka puasa itu berlangsung pada Jumaat, 17 Jun di St Joseph’s Christian Parish Centre bagi meraikan umat Islam setempat.
sarawak
Antara kapsyen pada gambar tersebut tertulis ‘Inilah semangat toleransi keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum dan agama di Sarawak’.
Posting yang mendapat lebih 15, 000 Likes dan dikongsi lebih 9,800 kali sejak dimuat naik itu, mencetuskan pendapat berbeza-beza.
Seorang pengguna Facebook Aron Reed memberi komen ‘Inilah sebabnya saya hormat Sarawak. Tiada rasisme’ manakala Iza Iza melontarkan pendapat, ‘Kami di sini di Sarawak tidak pernah rasis. Kami hidup dalam harmoni, kami hidup bersama. Tolong bersikap matang. Bumi ini bukan milik kita, ia milik Tuhan’.
Disebabkan tertera lambang salib yang jelas, sesetengah netizen berpendapat ianya seolah-olah tidak menghormati sensitiviti agama apabila mengadakan majlis berbuka di situ, apatah lagi boleh mencetuskan fitnah.
Tinjauan Mynewshub mendapati isu seperti ini pernah tercetus di Indonesia beberapa tahun lalu, apabila banyak gereja di Yogyakarta menganjurkan acara berbuka puasa sebagai tanda toleransi berbilang agama.
Mengulas perkara itu Ketua Majlis Ulama Daerah Istimewa Yogyakarta Toha Abdurrahman telah mengeluarkan kenyataan bahawa Islam tidak melarang umatnya berbuka puasa di tempat ibadah agama lain. Meskipun demikian Toha menambah, sebaik-baiknya umat Islam tidak perlulah sampai buka puasa di gereja. -MYNEWSHUB.CC



0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib