Saturday, 4 June 2016

Gadis Ini Cari ‘Teman Lelaki Upahan’ Untuk Bulan Ramadan

Di laman sosial terdapat bermacam-macam perangai manusia yang pelik boleh kita jumpa, hanya dengan melihat status-status yang dimuat naik oleh mereka.

Apa pun, biar status tak termasuk kategori berilmiah tak apa, asalkan jangan pulamenampakkan mentaliti kita ini setakat mana..
Kalau keinginan nak cari teman lelaki upahan sepanjang 30 hari Ramadan seperti ini dikongsikan, lebih ramai yang rasa ini jenis pendek akal daripada pandai bergurau rasanya.
pix
Kata gadis remaja ini, dia mahukan pakwe upahan selama 30 hari sepanjang bulan puasa supaya dapat mengejutkannya bangun sahur dan teman berjalan-jalan di Bazar Ramadan. Kemudian dah raya nanti, barulah mintak putus kononnya.
Apa yang kami nampak, status ini tak mencerminkan langsung hikmah bulan puasa buat generasi muda kita yang seorang ini. Semoga yang lain tak ada terfikir sepertinya. – MYNEWSHUB.CC



0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib