Monday, 13 June 2016

Gadis Hijab Bertatu Bergambar Dengan 'Abang Long Fadhil' Akhirnya Didedahkan

Ramai yang ingin mengetahui siapa identiti dan latar belakang gadis bertudung yang berdiri di sebelah Abang Long Fadhil dengan corak tatu pada wajahnya.
Dengan muka cantik berhijab, renungan mata yang tajam, tatu di bahagian tepi wajah seperti seorang bekas mafia wanita yang mempunyai pengaruh besar hinggakan netizen menamakan gadis tersebut Kak Yong.
Ekoran gambar tersebut turut menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi gadis tersebut dikatakan sebagai isteri Abang Long Fadhil yang baru-baru ini menjadi sorotan media kerana penghijrahannya dari dunia hitam.
Untuk pengetahuan umum, gadis tudung bertatu tersebut bukanlah bekas mafia atau samseng seperti yang di gembar-gemburkan oleh beberapa pihak.
Menurut pengakuan tuan gambar Fyka Sam, sebenarnya gambar itu di ambil sewaktu photoshoot. Gadis yang berasal dari Johor Bahru itu juga turut merasa kesal, kerana beberapa pengguna media sosial turut melontarkan kata-kata kesat selepas mengetahui siapa sebenar empunya badan gambar gadis tudung bertatu tersebut.

Siapa Gadis Bersama Abang Long Fadhil 2

Siapa Gadis Bersama Abang Long Fadhil 3

“Saya memang freehair, gambar-gambar dalam facebook saya mohon jangan dipersoalkan” tulis Fyka Sam dalam ruang komen gambar tersebut.
Apabila ditanya mengenai kata-kata kesat yang diajukan beberapa pihak, terlebih lagi mengenai isu aurat,
Fyka Sam berkata, “Biarlah, mulut orang yang penting bukan saya yang sibuk nak viralkan gambar tu, saya pun tidak tahu gambar itu telah di viralkan”, ujarnya.
Siapa Gadis Bersama Abang Long Fadhil 4

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib